Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pendidikan
  • »
  • 10 sekolah terjejas akibat ribut di Parlimen Titiwangsa akan diselenggara segera – Rina Harun
  • »
  • BERNAMA, Pendidikan
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

10 sekolah terjejas akibat ribut di Parlimen Titiwangsa akan diselenggara segera – Rina Harun

KUALA LUMPUR, 13 April  — Sepuluh sekolah di Parlimen Titiwangsa yang terjejas teruk akibat kejadian ribut semalam akan diselenggara dengan kadar segera.

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Harun berkata penyelenggaraan tersebut perlu disegerakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak terjejas.

“Saya telah berhubung dengan YB Menteri Kanan Pendidikan (Datuk Dr Radzi Jidin) semalam dan beliau telah mengarahkan supaya proses penyelenggaraan dan baik pulih disegerakan,” katanya ketika meninjau keadaan sekolah-sekolah yang terlibat itu hari ini.

Dalam kejadian ribut lewat petang semalam, enam sekolah rendah dan empat sekolah menengah dalam Parlimen Titiwangsa rosak teruk apabila bumbung di beberapa bangunan yang melibatkan kelas dan makmal komputer diterbangkan angin kencang.

Sekolah menengah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Maluri, SMK Datuk Lokman, SMK St Gabriel dan SMK Cochraine.

Sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Pandan 1, SK Puteri Pandan 2, SK St Gabriel, SK Taman Maluri, SK Cochrane Perkasa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin.

Sementara itu, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata bahagian aset Kementerian Pendidikan telah ke sekolah-sekolah terlibat bagi menilai kerosakan untuk menentukan kos baik pulih dan penyelenggaraan sekolah-sekolah berkenaan.

Setakat ini, katanya beliau difahamkan tiada sebarang penangguhan sesi pembelajaran kerana murid-murid telah dipindahkan ke kelas khas mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Hakim perbicaraan kelihatan “terdorong” untuk putuskan Najib bersalah – peguam
  • 14 pendaki sesat di Gua Kelam Tiga

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.