Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • 11 replika monumen terkenal ASEAN akan ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

11 replika monumen terkenal ASEAN akan ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong

 

KUALA NERUS, 8 April — Sebanyak 11 replika mercu tanda terkenal negara ASEAN akan ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong, Terengganu melalui projek khas, ‘The 1st ASEAN Underwater Mini Landmark’.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek yang diuruskan Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, akan dilancarkan antara 15 hingga 19 Jun depan, sempena penganjuran ASEAN Seminar on The Preservation and Protection of Underwater Cultural Heritage.

“Projek yang menelan kos dengan anggaran RM290,000 (USD 70,000) di bawah pembiayaan Tabung Kebudayaan ASEAN ini adalah Projek Kebudayaan yang akan menjadi platform bagi perkongsian ilmu dan pertukaran budaya di antara negara-negara ASEAN.

“Ia juga bakal menjadi produk pelancongan budaya baharu yang akan merancakkan ekonomi dalam sektor pelancongan dan kebudayaan di samping meningkatkan lagi imej Malaysia di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Jerayawara Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 di sini hari ini.

Antara 11 monumen tersebut ialah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur-KLCC (Malaysia), Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei), Cambodia Independence Monument (Cambodia), Patuxai Monument (Laos), Indonesia National Monument (Indonesia), Shwedagon Pagoda (Myanmar), Joe Rizal Monument (Filipina), Merlion (Singapura), Wat Arun Ratchawararam Ratchaworamahawihan (Thailand) dan Tran Quoc Pagoda (Vietnam).

Sesi Jerayawara DPN 2020-2030 kali ini melibatkan tiga negeri di zon Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang yang diadakan secara hibrid iaitu pertemuan bersemuka dan secara dalam talian bersama-sama penggiat industri.

Pelbagai agenda transformasi yang memfokuskan kepada usaha untuk mengembalikan kegemilangan industri pelancongan pasca pandemik COVID-19, mengukuhkan daya tahan penggiat industri serta kemampanan industri pelancongan negara dibincangkan dalam sesi tersebut.

Terdahulu, Nancy yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Terengganu, bermula hari ini juga turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di kediaman rasmi Seri Iman, pagi tadi.

Destinasi  lain yang bakal dilawati Nancy dan pasukan kerja MOTAC ialah Tasik Kenyir, Kompleks Kraf Noor Arfa, Jambatan Angka Terengganu, Manang Songket, Taman Tamadun Islam, VillaPadu Desa, Kompleks Muzium Negeri serta Kampung Budaya Terengganu.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • MySmart Wilayah 2030 dilancarkan, pacu pembangunan bandar pintar di Wilayah Persekutuan
  • Masyarakat tani digalak pasar produk secara dalam talian

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.