Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • 126 penduduk Kampung Peel mohon rumah ganti
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

126 penduduk Kampung Peel mohon rumah ganti

KUALA LUMPUR, 11 April — Sebanyak 126 keluarga di Kampung Peel memohon agar mereka diberikan rumah gantian sebelum mereka boleh mengosongkan perkampungan berusia 60 tahun itu bagi tujuan pembangunan.

Ketua kampung tersebut A. Deva, 46, berkata penduduk yang kebanyakan terdiri daripada golongan B40 memohon agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbang untuk menyediakan kediaman gantian di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Saya mohon budi bicara DBKL agar membantu kami, kami tidak kisah ditempatkan di mana-mana PPR di Bukit Jalil ke Jalan Peel atau  Pudu Ulu, asalkan ada rumah,” katanya kepada pemberita ketika membuat bantahan secara aman di penempatan tersebut hari ini.

A. Deva berkata walaupun ditawarkan wang pampasan sehingga RM15,000 oleh pemaju, jumlah tersebut tidak mencukupi bagi penduduk yang setuju berpindah untuk memulakan kehidupan di kediaman baharu terutama untuk jangka masa panjang. 

“Penduduk di sini kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan telah tinggal di sini berpuluh tahun, mana kami hendak pergi jika tidak dibantu diberi rumah,” katanya.

Seorang penduduk di situ Lau Wan Ngoh, 88, pula berkata dia tidak pernah membayangkan akan meninggalkan perkampungan tersebut pada usia lanjut.

“Ini satu-satunya rumah yang saya ada untuk berteduh , daripada kecil saya sudah tinggal di sini, kesemua anak juga membesar di sini, tidak tahu ke mana jika diminta keluar tanpa ada rumah ganti.

“Kesemua anak saya telah dewasa dan sudah ada kehidupan sendiri, saya tidak mahu menyusahkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan P. Prabakaran berkata penduduk perlu diberi keadilan memandangkan mereka adalah peneroka bandar dan penduduk asal kawasan tersebut.

“Sebelum ini penduduk telah menang dalam saman di mahkamah kerana mereka mempunyai geran sementara (TOL) membuktikan mereka adalah peneroka bandar yang sah dan bukan penceroboh tanah,” katanya yang merancang membuat perbincangan semula dengan pihak DBKL serta pemaju sekitar minggu depan.

Prabakaran berkata pihak pemaju juga diharap mempertimbang untuk memberi diskaun kepada penduduk dari golongan M40 bagi membolehkan mereka membeli kediaman dengan harga mampu milik untuk projek akan datang.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Liga Dunia Islam perkukuh kerjasama dengan Malaysia tangani ancaman terorisme
  • Gempa di Jawa Timur: Tujuh disahkan terkorban setakat pagi ini

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.