Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • 132,118 dapat pekerjaan melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan – Tengku Zafrul
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

132,118 dapat pekerjaan melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 April — Seramai 132,118 individu berjaya mendapat pekerjaan melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, setakat 26 Mac, 2021, berbanding 131,568 pada minggu sebelumnya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuklah pembuatan serta perdaganan borong dan runcit.

Bagi Permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 1.0 yang diluluskan setakat Februari 26, 2021, ia telah pun mencapai nilai RM12.841 bilion melibatkan 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja.

“Bagi PSU 2.0, setakat Mac 26, 2021, sejumlah RM1.112 bilion telah disalurkan kepada 72,875 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 626,955 pekerja,” katanya ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-48, pada Rabu.

Tengku Zafrul berkata bagi Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran, seramai 137,290 peserta diluluskan untuk mengambil bahagian dalam program yang disediakan.

Katanya, kerajaan turut melancarkan HRDF Placment Centre (HPC) iaitu pusat penempatan pekerja yang bertujuan untuk mempromosi peluang pekerjaan serta memadankan calon yang sesuai dengan perniagaan, organisasi dan industri yang tepat.

“Untuk mencapai hasrat ini HPC komited bukan sahaja untuk menyediakan kursus latihan tetapi juga perkhidmatan nilai tambah yang dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mencari kerja.

“Platform penempatan ini memberi penekanan pada pembangunan peribadi pencari kerja melalui perancangan dan bimbingan kerjaya, pemadanan pekerjaan serta kaunseling,” jelasnya.

Menurutnya, program seperti itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mencapai sasaran 500,000 peluang pekerjaan menjelang hujung tahun ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, antara inisiatif lain oleh kerajaan dalam penjanaan pekerjaan adalah penganjuran Karnival Penjana Kerjaya Terengganu 2021 pada 3-4 April dengan seramai 4,631 pencari pekerjaan telah ditemuduga dan 982 calon ditawarkan jawatan manakala 1,257 calon lagi akan menjalani temuduga pusingan kedua.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Insentif, tgk, twk

Editorial

  • Tiada Bazar Ramadan di Kuching Utara tahun ini — DBKU
  • Kastam Terengganu rampas rokok seludup bernilai hampir RM100,000

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.