Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • 1,502 permohonan gantian MyKad diterima menerusi program Mekar di Pahang
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

1,502 permohonan gantian MyKad diterima menerusi program Mekar di Pahang

 

TEMERLOH, 10 April — Sebanyak 1,502 permohonan gantian MyKad telah diterima menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) melalui pasukan Mobile Ehsan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pahang bermula 2018 sehingga kini.

Bagaimanapun, pelaksanaan program dan permohonan gantian MyKad sedikit terjejas sejak tahun lepas susulan pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.

“Sehingga Mac tahun ini, hanya 18 program dan 58 permohonan gantian MyKad yang dilakukan di negeri ini dan ia tidak dapat dielakkan berikutan wabak COVID-19 yang masih melanda negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan MyKad di Kampung Paya Sendayan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Pendaftaran Negara Datuk Saadon Othman dan Pengarah Pendaftaran Negara Negeri Pahang Juzilawati Kamarudin.

Ismail berkata pelaksanaan program Mekar dijangka menjadi lebih baik dengan pelancaran Bas Mobile generasi baharu yang bakal beroperasi 1 Mei depan.

“Penambahan Bas Mobile ini akan memperkasakan lagi program turun padang JPN bagi membantu rakyat di kawasan pedalaman untuk mendapatkan dokumen penting seperti MyKad, sijil lahir dan khidmat nasihat JPN.

“Selain itu, ia menyasarkan untuk membantu rakyat antaranya mengeluarkan dokumen MyKad kepada anggota tentera dan polis yang berada di kem latihan tanpa perlu hadir ke kaunter JPN,” katanya.

Terdahulu, Ismail menyerahkan MyKad gantian baharu kepada 15 Orang Asli yang menetap di Kampung Paya Sendayan, di sini.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Audio tular: “Kalau betul, apa masalahnya?” – Anwar
  • ‘KISAH Futures’ himpun fiksyen pendek kehidupan semasa COVID-19

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.