Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • 3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini

PADANG BESAR, 11 April — Sebanyak 3,336 tan matrik mangga Harumanis Perlis dijangka dihasilkan sepanjang tahun ini, dengan nilai pengeluaran RM66.7 juta, dan ia bakal memberi manfaat kepada 2,415 pengusaha Harumanis di seluruh negeri Perlis.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata sehubungan itu promosi ‘Harumanis Kembali Lagi’ sehingga 30 Jun dilancarkan hari ini, yang akan melibatkan pembabitan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.

Katanya industri tanaman mangga Harumanis ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan pengusaha, malah ia juga memberi impak ekonomi yang signifikan terhadap industri Agropelancongan dan industri hiliran negeri Perlis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan promosi ‘Harumanis Kembali Lagi’ anjuran Jabatan Pertanian Malaysia di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri dekat sini.

Turut hadir di majlis hari ini ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri  Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haslina Abdul Hamid dan Exco Pertanian Perlis Nurulhisham Yaakob.

Ronald berkata pihak Jabatan Pertanian Malaysia telah menjalin hubungan strategik dengan beberapa syarikat penghantaran seperti Pos Malaysia, Citylink dan Line Clear dengan mengambil kira pengalaman kaedah penghantaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

“Saya  tidak mahu apa-apa (masalah) yang berlaku pada tahun lepas berulang lagi, apabila ketika itu kita tidak bersedia untuk penjualan secara dalam talian,” katanya.

Ronald berkata antara penambahbaikan yang dilakukan dalam penghantaran buah adalah penggunaan kotak tiga lapis yang lebih kukuh, lori khas digunakan untuk mengangkut Harumanis, dan pewujudan pusat pengumpulan Harumanis.

Katanya selain itu syarikat penghantar juga memberi jaminan bahawa  penghantaran Harumanis akan sampai kepada pembeli tidak melebihi tempoh tiga hari selepas pesanan diterima.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • KPKT akan pinda Akta 118, bantu pembeli projek perumahan terbengkalai
  • MAIK lantik pegawai penjarakan fizikal di pejabat, masjid

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.