Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • 36,700 individu dapat pekerjaan melalui PenjanaKerjaya 2.0
  • »
  • Berita
  • April 3, 2021
  • 0

36,700 individu dapat pekerjaan melalui PenjanaKerjaya 2.0

KUALA TERENGGANU, 3 April — Sejak Januari hingga Mac tahun ini, Program Insentif Pengambilan Kerja, PenjanaKerjaya 2.0 telah memberi peluang pekerjaan kepada 36,700 individu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim.

Beliau berkata pengambilan pekerja tersebut melibatkan 5,538 majikan yang telah mendaftar dengan PenjanaKerjaya yang diwujudkan untuk mengurangkan kadar pengangguran dan memulihkan ekonomi negara.

“Peluang pekerjaan yang terbanyak ditawarkan ialah dalam sektor minyak dan gas iaitu sebanyak 3,998 kekosongan jawatan, diikuti sektor perladangan dengan 2,500 jawatan kosong. Antara jawatan yang ditawarkan ialah jurutera, pengurus jualan, doktor gigi, penyelia perusahaan dan kru minyak dan gas,” katanya.

 

“Saya dimaklumkan di Terengganu seramai 182 majikan telah menggaji 2,224 pekerja dalam tempoh tersebut. Saya yakin dan percaya bahawa ini adalah satu permulaan yang cukup baik bagi suku pertama 2021 terutama dalam usaha menstabilkan pasaran buruh negara,” katanya ketika berucap mewakili Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan bersempena Karnival PenjanaKerjaya Negeri Terengganu 2021, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sumber Foto : BERNAMA

Awang berkata di bawah program PenjanaKerjaya, pencari kerja yang menerima tawaran kerja dalam lingkungan jarak bawah 100 kilometer (km) akan diberi bantuan mobiliti sebanyak RM500 manakala mereka yang sanggup bermastautin dengan jarak 100 km ke atas layak diberi bantuan mobiliti sebanyak RM1,000 yang mana insentif tersebut akan dibayar menerusi majikan masing-masing.

Sementara itu katanya sejak Januari hingga Mac tahun ini seramai 406 individu yang kehilangan pekerjaan di Terengganu telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Katanya jumlah tersebut mewakili kira-kira 2.03 peratus daripada 20,016 pekerja yang kehilangan pekerjaan di seluruh negara setakat ini dan mereka akan menerima faedah kewangan SIP jika layak, selain akan mendapat bantuan carian dan pemadanan pekerjaan serta lain-lain perkhidmatan pekerjaan yang berkaitan.

Dalam pada itu, Karnival PenjanaKerjaya Negeri Terengganu 2021 yang diadakan selama dua hari bermula hari ini menyaksikan lebih 11,000 kekosongan ditawarkan melibatkan 85 majikan.

Karnival yang diadakan hasil inisiatif kerajaan negeri Terengganu bersama Kementerian Sumber Manusia menerusi Perkeso itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dan menstabilkan pasaran buruh negara.

“Peluang pekerjaan yang terbanyak ditawarkan ialah dalam sektor minyak dan gas iaitu sebanyak 3,998 kekosongan jawatan, diikuti sektor perladangan dengan 2,500 jawatan kosong. Antara jawatan yang ditawarkan ialah jurutera, pengurus jualan, doktor gigi, penyelia perusahaan dan kru minyak dan gas,” katanya.

Setakat 2 petang tadi, seramai 655 peserta telah melalui sesi temu duga bersama majikan dan seramai 98 daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan manakala 144 individu lagi tersenarai untuk ditemu duga kali kedua atau dimasukkan ke senarai masih dalam perhatian (KIV).

Majlis tersebut turut menyaksikan Perkeso menandatangani  memorandum persefahaman (MoU) dengan Terengganu Human Resource Development Centre (T-HRDC) yang bertujuan memantapkan lagi pasaran buruh khususnya bagi rakyat Terengganu.

Kerjasama tersebut antara lain melibatkan penjanaan peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran pekerjaan, penyediaan platform penyelarasan dan perundingan, serta pengumpulan maklumat dan penilaian prestasi program pembangunan sumber manusia di Terengganu.

Pada acara menandatangani MoU itu, Perkeso diwakili Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz manakala T-HRDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Aminudin Omar.

 Sumber : BERNAMA
Tags: fbk, PenjanaKerjaya, twk

Editorial

  • Program Ladang Kontrak: MAFI sasar jualan RM60 juta tahun ini
  • Kerja pengalihan kren gantri di lokasi insiden SUKE, rumit – Prolintas

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.