Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • 40 masjid sekitar Parlimen Indera Mahkota terima sumbangan Ramadan
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

40 masjid sekitar Parlimen Indera Mahkota terima sumbangan Ramadan

KUANTAN, 11 April — Sebanyak  40 masjid di sekitar Parlimen Indera Mahkota menerima sumbangan wang tunai dan buah kurma bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang dijangka bermula Selasa ini.

Sumbangan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah itu disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khasnya Wan Mohd Zulkiflly  Wan Abdul Rahim di Masjid An-Nur Taman Dato Rashid, di sini hari ini.

Wan Mohd Zulkifly ketika ditemui pemberita berkata setiap masjid menerima sumbangan buah kurma dan wang tunai RM1,000 yang diperuntukkan bagi membantu pihak masjid mengimarahkan Ramadan.

“Setiap tahun kita memang berikan sumbangan Ramadan kepada masjid-masjid dalam kawasan parlimen ini, tahun lepas susulan pandemik COVID-19 kita tetap beri tetapi secara pandu lalu.

“Sumbangan ini kita harap dapat membantu sedikit-sebanyak pihak masjid menghidupkan suasana Ramadan yang kita tidak dapat nikmati tahun lepas atau mereka boleh menggunakannya untuk membayar bil utiliti dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Assyakirin, Bandar Damansara Nordin Haion berkata pihaknya amat menghargai bantuan tersebut dan akan menggunakan sumbangan berkenaan bagi mengadakan program berbuka puasa dan moreh.

“Pada tahun ini makanan untuk berbuka puasa dan moreh kami akan bungkus untuk jemaah bawa pulang, dan saya amat bersyukur dengan bantuan ini dapat digunakan untuk mengimarahkan Ramadan pada tahun ini,” katanya.

Pada majlis itu juga seramai 30 penduduk Taman Dato Rashid di sini yang terdiri daripada golongan B40, menerima bantuan wang tunai RM150 dan bakul makanan yang bertujuan membantu mereka melakukan persiapan menyambut Ramadan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan – Exco
  • Kerajaan sentiasa peka terhadap kebimbangan komuniti perniagaan — Nanta

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.