Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • 65 bazar Ramadan bakal beroperasi di sekitar KL – DBKL
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

65 bazar Ramadan bakal beroperasi di sekitar KL – DBKL

KUALA LUMPUR,  11 April — Sebanyak 65 lokasi Bazar Ramadan dijangka beroperasi di sekitar ibu kota, bermula 3 petang hingga 8 malam sepanjang Ramadan ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, daripada jumlah lokasi itu 63 diselia oleh penganjur bazar Ramadan, manakala dua lagi iaitu di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri (berhampiran Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur)  dan di Jalan 4/38 A Taman Sri Sinar, Segambut (Wisma Suhati), akan diselia oleh DBKL sendiri.

“Pengunjung bazar Ramadan diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan Bazar Aidilfitri yang sebelum ini beroperasi di Jalan Raja, akan beroperasi semula di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) bermula 17 April hingga 12 Mei, setelah ditangguhkan pelaksanaannya tahun lalu susulan COVID-19.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 208 penjaja akan terlibat di lokasi bazar yang bermula dari belakang bangunan Kompleks Campbell sehingga  ke susur keluar persimpangan Masjid India, bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Kawasan Lorong TAR yang menempatkan penjaja Bazar Aildilfitri akan dipasang pagar di sepanjang jalan, bagi mengawal keluar/masuk pengunjung dan akan dikawal selia sepenuhnya oleh DBKL,” katanya.

Sehubungan itu, tapak tradisi pasar malam di Lorong TAR setiap Sabtu, akan dipindahkan operasi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman sepanjang bulan Ramadan iaitu pada 17 April, 24 April, 1 Mei dan 8 Mei 2021.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari persimpangan Jalan Esfahan (selepas Sogo) sehingga ke persimpangan Jalan Melayu, akan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan bagi memberi laluan kepada aktiviti pasar malam bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada tarikh berkenaan.

DBKL turut mengingatkan penganjur, peniaga, pekerja serta pengunjung bazar, untuk mematuhi segala peraturan, syarat dan SOP yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan.

“Mana-mana individu atau penganjur yang melanggar peraturan atau SOP ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19, akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000 terhadap individu dan RM50,000 kepada penganjur.

Manakala  tindakan penutupan gerai /Bazar Ramadan/Bazar Aidilfitri terbabit, boleh dilaksanakan DBKL,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Rakyat tempatan digalakkan isi 32,000 kekosongan sebagai penuai kelapa sawit
  • Queenie Ting Pecah Rekod Kebangsaan Lempar Cakera

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.