

KUALA LUMPUR, 9 April — Affin Bank Bhd menyasar untuk menjadi bank pilihan utama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula niaga menerusi penawaran pelbagai penyelesaian perbankan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.
Beliau berkata walaupun sering dianggap sebagai segmen berisiko namun syarikat pemula niaga merupakan antara segmen ekonomi yang paling kukuh.
“Segmen ini berpotensi besar untuk berkembang pesat dengan adanya bimbingan dan bantuan yang baik,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM250,000 itu memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari bidang keusahawanan dan cara menjalankan perniagaan bagi jangka panjang menerusi pembelajaran perniagaan intensif dan program bimbingan secara langsung oleh pakar-pakar industri.
Sumber : BERNAMA
Leave a Reply