Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Afghanistan berpotensi sebagai ‘gerbang emas’ minyak sawit Malaysia ke Asia Tengah
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Afghanistan berpotensi sebagai ‘gerbang emas’ minyak sawit Malaysia ke Asia Tengah

 

KUALA LUMPUR, 10 April — Afghanistan berpotensi menjadi laluan pintu masuk atau ‘gerbang emas’ minyak sawit Malaysia ke pasaran Asia Tengah termasuk Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan serta negara lain di rantau tersebut.

Menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), perkara itu dibincangkan oleh Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dengan Duta Republik Islam Afghanistan ke Malaysia, Dr Mohib Rahman Spingar yang melakukan kunjungan hormat ke kementerian itu pada Khamis lepas.

Khairuddin berkata Afghanistan turut menyambut baik cadangan untuk mengimport lebih banyak minyak sawit Malaysia, termasuk potensi mengembangkan eksport komoditi itu secara langsung ke Afghanistan daripada 75,000 tan setahun pada masa ini kepada 150,000 tan setahun.

Persefahaman itu sekali gus membuka lembaran baharu untuk pasaran minyak sawit Malaysia ke Asia Tengah dengan Afghanistan sebagai laluan ‘gerbang emas’ ke negara lain rantau berkenaan.

“Ini seperti Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan sehingga ke Kazakhstan serta lain-lain negara menerusi dua Pelabuhan Chabahar di Iran,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut KPPK, potensi membabitkan minyak sawit itu dapat dicapai berikutan keyakinan terhadap kualiti komoditi negara yang premium.

Ini menunjukkan tindakan Sri Lanka menyekat import bahan mentah komoditi itu baru-baru ini tidak akan menjejaskan pasaran sawit negara, malah akan membuka lebih banyak pasaran baharu di rantau yang lain,” kata kementerian itu.

Selain itu, pada pertemuan sama, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi Afghanistan sebagai pintu masuk eksport agrikomoditi Malaysia lain seperti getah, lada, koko dan kayu-kayan yang akan disusuli dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pertemuan itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Turut mengiringi Dr Mohib ialah Ketua Kanselor kedutaan itu, Abdul Mueen Shahid dan Penasihat kedutaan, Naseem Khanam.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Program Agropreneur Muda buka peluang untuk usahawan muda
  • Perak kesan 3,000 hektar tanah hutan simpan diteroka secara haram – MB

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.