Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Agensi berkaitan perlu bersepadu tangani isu hasil laut dirompak – MAFI
  • »
  • Berita, BERNAMA
  • April 15, 2021April 15, 2021
  • 0

Agensi berkaitan perlu bersepadu tangani isu hasil laut dirompak – MAFI

KOTA BHARU, 15 April  — Isu negara kehilangan hasil sumber laut bernilai lebih RM4.25 bilion setiap tahun akibat pencerobohan nelayan asing perlu ditangani secara bersepadu oleh agensi yang berkaitan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Beliau berkata pihaknya menerusi Jabatan Perikanan sentiasa mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi membanteras kegiatan yang kerap kali berlaku itu.

“Laut China Selatan berkongsi perairan dengan Singapura, Vietnam, Indonesia dan Kemboja mengikut sempadan masing-masing dan tak dinafikan laut Malaysia menjadi tumpuan kerana mempunyai sumber perikanan yang baik.

“Kita akui masih ada kes nelayan asing yang menceroboh ke kawasan perairan negara lain, sepertimana yang berlaku di Malaysia. Isu ini dilihat menjadi isu nasional yang perlu ditangani secara bersepadu oleh pelbagai agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan ke Hatcheri Ternakan Ikan Air Payau milik seorang penternak ikan Muhammad Mohd Yusoff di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Che Abdullah berkata demikian semasa menjawab isu RM4.25 bilion hasil laut negara dirompak nelayan asing setiap tahun yang didedahkan Jabatan Perikanan dalam sebuah akhbar tempatan, semalam.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Kenyataan akhbar Mohamed Apandi pada 2016 timbulkan keraguan ke atas integritinya
  • MCMC mahu pertingkatkan liputan internet dan jalur lebar

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.