Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Ahmad Zahid nafi wujud perbualan dengan Anwar seperti rakaman audio
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Ahmad Zahid nafi wujud perbualan dengan Anwar seperti rakaman audio

 

KUALA LUMPUR, 7 April — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan terdapatnya perbualan di antara beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dalam rakaman audio yang tersebar baru-baru ini.

Beliau yang kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio berkenaan berkata, pegawainya akan segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, untuk mengenal pasti dalang di sebalik perkara itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik, yang mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.

Ahmad Zahid berkata, sebagai Presiden UMNO beliau tidak akan mencabuli dan membelakangi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpunan Agung parti itu.

Audio perbualan di antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar di media sosial dan blog baru-baru ini, didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Sumber : BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid, tgk, twk

Editorial

  • Industri kebudayaan dan kesenian rugi RM85 juta akibat pandemik COVID-19
  • Iran, Malaysia mahu perluas kerjasama dua hala

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.