Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Aidil Sharin kagum semangat pemain KDA FC tidak mudah putus asa
  • »
  • Berita, BERNAMA, Sukan
  • April 24, 2021April 24, 2021
  • 0

Aidil Sharin kagum semangat pemain KDA FC tidak mudah putus asa

ALOR SETAR, 24 April — Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak kagum dengan semangat ditampilkan barisan pemainnya yang tidak mudah putus asa sebelum mencatat kemenangan berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.

Aidil Sharin turut memuji beberapa pemain muda yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam membantu mengubah corak serangan pasukan khususnya pada penghujung babak kedua permainan.

“Syukur dan kredit perlu diberikan kepada pemain yang tidak berputus asa mencipta dan memanfaatkan peluang melakukan jaringan, bukan mudah sebenarnya berdepan KL City FC. Saya rasakan prestasi pemain sudah kembali ke tahap terbaik.

“Pemain muda, Mohammad Fayadh dan Fadzrul Danel yang dimasukkan terbukti banyak membantu pasukan dan sukar dipercayai hanya beberapa minit di penghujung babak perlawanan kita berjaya mendapat tiga mata,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Beliau berharap kesungguhan dan corak permainan terpuji yang dipamerkan pada aksi malam tadi dapat terus diterjemahkan pada perlawanan seterusnya.

Pada perlawanan malam tadi, KDA FC bangkit daripada ketinggalan 1-2 untuk meraih tiga mata berharga selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas KL City FC.

 Penyerang import KDA FC, Tchetche Kipre muncul wira apabila menjaringkan dua gol pada masa kecederaan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih KL City FC Bojan Hodak memuji anak buahnya yang mampu memberi tentangan sengit kepada KDA FC di tempat lawan sebelum tumpas pada minit akhir permainan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Bola sepak, KDA FC, tgk

Editorial2

  • JSJN KL nafi terlibat arahan pertukaran pegawai, anggota
  • Kualiti air Sungai Kim Kim masih boleh dipulihkan – Presiden MNS

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.