Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Aidil Sharin yakin pemain gantian mampu galas tugas hadapi TFC
  • »
  • BERNAMA, Sukan
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

Aidil Sharin yakin pemain gantian mampu galas tugas hadapi TFC

ALOR SETAR, 9 April  — Pemain gantian Kedah Darul Aman FC (KDA FC) diyakini mampu mengisi kekosongan beberapa pemain utama yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) malam ini.

Keyakinan itu disuarakan ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak selepas empat pemain skuad Hijau Kuning dibelenggu kecederaan iaitu Renan Alves, Syazwan Tajudin, Syazwan Zainon dan Rozaimi Abdul Rahman.

“Ada empat pemain yang mengalami kecederaan tetapi kita masih ada pemain gantian. Jadi, kami tidak risau dan seluruh pasukan juga memberi kepercayaan kepada mana-mana pemain yang akan turun padang untuk menentang pasukan lawan nanti.

“Terengganu banyak menunjukkan perubahan baik pada musim ini, serta mempunyai pemain bagus dan laju. Tetapi, apa yang penting Kedah perlu fokus dengan pelan yang telah diatur dan percaya pada pasukan sendiri tanpa bimbang dengan pasukan lawan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini hari ini.

Sementara itu, Aidil Sharin berkata kehadiran penyokong ke Stadium Darul Aman malam ini juga dilihat dapat menyumbang semangat kepada anak-anak buahnya selepas terpaksa menentang pasukan lawan tanpa kehadiran penyokong sebelum ini.

“Pasukan kita menang empat perlawanan berturut-turut dan ia memberi motivasi kepada semua pemain. Malam ini pula, kita dapat bermain di tempat sendiri dan lebih indah dengan kehadiran penyokong, sorakan mereka nanti mampu memberi semangat kepada pasukan untuk bermain dengan lebih baik,” katanya.

Selepas tujuh perlawanan, KDA FC berada di tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 16 mata, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala TFC di tangga keempat dengan 12 mata.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk, twk

Editorial

  • Melaka cadang wujud jawatan arboris untuk pulihara pokok warisan
  • Air kosong lebih RM1 segelas, 12 notis dikeluarkan KPDNHEP Selangor

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.