Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Aidilfitri: Cuti pegawai, anggota polis di seluruh negara dibeku – KPN
  • »
  • Berita, BERNAMA, Masyarakat
  • April 28, 2021April 28, 2021
  • 0

Aidilfitri: Cuti pegawai, anggota polis di seluruh negara dibeku – KPN

KUALA LUMPUR, 28 April — Kesemua cuti pegawai dan anggota polis di seluruh negara akan dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan musim perayaan yang bakal disambut pada bulan depan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan kelancaran sambutan semasa musim perayaan.

“Kami akan laksanakan kawalan pergerakan seperti yang telah dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas walaupun tiada arahan PKP dikeluarkan.

“Sepertimana yang dilakukan pada tahun lepas, seramai 46,000 anggota yang telah ditugaskan dan 12,000 yang lain adalah berada dalam mod standby,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM di Bukit Aman di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata polis juga memperketatkan sekatan jalan raya di setiap Plaza Tol pada Aidilfitri ini  bagi mengelakkan berlakunya rentas negeri.

“Sejak beberapa hari kebelakangan Ini, jumlah mereka yang didapati positif COVID-19 setiap hari kekal berada pada tahap yang begitu tinggi.

“Tidak mustahil ia akan berganda sekiranya kita cuai. Anggota PDRM yang berada dalam mod stand-by semasa Aidilfitri akan digerakkan bersama anggota yang bertugas jika keadaan semasa musim perayaan tidak dapat dikawal.

“Sekiranya keadaan menjadi gawat, 12,000 pegawai dan anggota polis yang berada dalam mod stand-by akan dikerah untuk membantu di samping bersama Angkatan Tentera Malaysia, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam sekiranya keadaan diperlukan,” katanya.

Mengulas mengenai isu PDRM menerima kecaman pengguna jalan raya kerana berlaku kesesakan semasa sekatan jalan raya,  Abdul Hamid menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab.

“Janganlah timbul lagi kecaman-kecaman kepada saya dan PDRM kerana kesesakan lalu lintas. PDRM dikecam kerana dikatakan bahawa kita (PDRM) sengaja menyebabkan jalan menjadi sesak.

“Saya sedih kerana perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat kami. Mengapa PDRM mendirikan sekatan jalan raya di Putrajaya? Apa kena mengena Putrajaya dengan dirikan road block?” katanya

Abdul Hamid berkata orang ramai seharusnya faham mengenai pentingnya sekatan jalan raya dilaksanakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah memutuskan rantaian COVID-19 dan mengelakkan rentas negeri daripada berlaku kluster baharu COVID-19.

Beliau berkata masih ramai yang mengecam polis tanpa usul periksa dan mengapa PDRM menyusahkan orang ramai dengan mengadakan sekatan jalan raya di Putrajaya namun mengingatkan mereka supaya kembali membaca arahan MKN sebelum mengutuk pasukan itu.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Aidilfitri, COVID, PDRM, Polis, tgk

Editorial2

  • Kakitangan awam kerajaan negeri Kedah terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000
  • Kompaun RM50,000 bukan ‘hukuman mati’- Hamid Bador

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.