
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 29 April, pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang kini berada di kampus dibenarkan pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri.
Perkara ini diputuskan pada mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28 April lepas
Tarikh pergerakan pulang ke rumah masing-masing ditetapkan mulai 7-12 Mei manakala tarikh kembali semula ke kampus ialah pada 15-20 Mei. Pergerakan pelajar ini dilakukan secara berfasa bagi memastikan pergerakan terkawal.
Pelajar IPT diberi pilihan sama ada pulang ke kampung halaman masing-masing atau kekal berada di kampus bersempena cuti perayaan tersebut.
Pergerakan pulang pelajar IPT ini akan menggunakan tiga kaedah iaitu :
- kenderaan sendiri,
- dijemput oleh ibu-bapa/penjaga
- menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.
Pergerakan melalui perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali kecuali perkhidmatan penerbangan.
Sementara itu, pelajar asrama sekolah dan Kolej Vokasional (KV) di bawah Kementerian Pendidikan yang berada di Kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatjan (PKPD) tidak dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti perayaan Aidilfitri.
Menurut majlis Keselamatan Negara (MKN), prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pendidikan di Kawasan PKPD juga tidak membenarkan individu dari sekalah asrama dan KV keluar atau masuk dari kawasan yang terlibat.
“Tiada tetamu dan pelawat luar dibenarkan masuk dalam tempoh PKPD berkuat kuasa. Semua aktiviti persekolahan secara fizikal dan kokurikulum juga ditangguhkan sepanjang PKPD dilaksanakan”
Orang ramai diingatkan supaya tidak melanggar larangan seperti memalsukan surat kebenaran rentas negeri kerana polis tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun serta mengarahkan mereka berpatah balik – Datuk Mior
Orang ramai yang ingin mencuba nasib merentas negeri tanpa kebenaran menjelang sambutan Aidilfitri terutama ke arah negeri-negeri Pantai Timur dinasihatkan agar melupakan hasrat mereka itu kerana polis Perak akan mengetatkan kawalan di laluan berkenaan.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid pada 30 April berkata, pemeriksaan lebih ketat kini dilaksanakan di semua sekatan jalan raya (SJR) terutamanya di Jalan Cameron Highlands sempadan antara Perak dan Pahang kerana ini adalah laluan utama untuk melakukan perjalanan pulang ke Kelantan dan Pahang maka pemeriksaan disana dibuat dengan lebih ketat.
Beliau berkata lagi bahawa orang ramai diingatkan supaya tidak melanggar larangan seperti memalsukan surat kebenaran rentas negeri kerana polis tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun serta mengarahkan mereka berpatah balik.
Kepada yang pulang ke kampung di dalam negeri berikutan kebenaran merentas daerah mereka digalakkan supaya memaklumkan bilik gerakan daerah.
Untuk makluman lebih lanjut lagi, rakyat diminta bersabar kerana sidang khas MKN dijangka memutuskan beberapa perkara berkaitan sambutan Aidilfitri antaranya SOP Aidilfitri dan rentas daerah pada minggu depan.
Menteri kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP yang bakal dikeluarkan itu berdasarkan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ia akan dibentangkan pada sidang khas MKN Isnin depan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Leave a Reply