Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Airbus dan Malaysia Airlines meterai lanjutan kontrak FHS
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Airbus dan Malaysia Airlines meterai lanjutan kontrak FHS

 

KUALA LUMPUR, 8 April  — Airbus dan Malaysia Airlines menandatangani lanjutan kontrak Perkhidmatan Jam Penerbangan-Komponen (FHS-C) bagi kumpulan pesawat A330 dan A350 sebagai hasil daripada langkah penstrukturan semula Malaysia Airlines yang baru selesai.

Perjanjian itu ditandatangani di sini oleh Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines, Ahmad Luqman Mohd Azmi dan Presiden Airbus Asia-Pasifik, Anand Stanley.

Lanjutan kontrak untuk beberapa tahun itu meliputi sokongan teknikal oleh Airbus untuk kumpulan pesawat A350 dan A330 sedia ada Malaysia Airlines serta A330-200F yang dikendalikan oleh MASKargo, menurut Airbus dalam kenyataan pada Khamis.

FHS-C menyediakan perkhidmatan komponen termasuk akses kumpulan alat ganti, bekalan di tapak bagi pangkalan utama serta pembaikan dan kejuruteraan komponen.

Menerusi FHS-C, Airbus memberi jaminan ketersediaan komponen dan prestasi teknikal pesawat, disokong oleh kejuruteraan komponen dan piawaian berkualiti tinggi.

Ahmad Luqman berkata Malaysia Airlines gembira untuk meneruskan kerjasama dengan Airbus dan yakin jenama itu akan menyediakan sokongan teknikal penting kepada pesawat berkenaan.

“Seiring melangkah maju sebagai sebuah syarikat penerbangan dan berkongsi hospitaliti Malaysia di seluruh dunia, pesawat Airbus yang kami terbangkan akan menjadi simbol kebolehpercayaan dan ketekalan,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu Anand berkata pihaknya juga berbesar hati untuk meneruskan hubungan erat dengan Malaysia Airlines menerusi lanjutan perjanjian FHS.

“Ini direalisasikan terutama dalam tempoh semasa yang mencabar dengan Airbus berusaha untuk memberikan nilai tambah dan penyelesaian khusus kepada rakan penerbangan kami untuk membantu mereka memastikan peningkatan kebolehpercayaan operasi,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Tags: Airbus, fbk, FHS, tgk, twk

Editorial

  • Alliance Islamic Bank sediakan pembiayaan RM100 juta untuk PKS industri halal
  • Kadar pemulihan bank-bank Malaysia diunjur atasi bank serantau yang setaranya — Moody’s

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.