Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Alliance Islamic Bank sediakan pembiayaan RM100 juta untuk PKS industri halal
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Alliance Islamic Bank sediakan pembiayaan RM100 juta untuk PKS industri halal

 

KUALA LUMPUR, 8 April — Alliance Islamic Bank Bhd berhasrat menyediakan pembiayaan bernilai RM100 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbabit dalam industri halal.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu memaklumkan ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan eJazmine, Fusionex dan Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART) untuk memperkukuhkan lagi program ‘Halal in One’nya.

Perkongsian strategik yang diperluaskan itu bertujuan untuk menawarkan lebih banyak penyelesaian digital, akses pasaran dan latihan khusus untuk membantu perniagaan berkembang di sektor halal.

“Hari ini, pasaran halal global bernilai US$3 trilion dan merupakan antara pasaran yang paling pesat berkembang di dunia.

“Justeru, adalah mustahak perniagaan tempatan kita secara berterusan mengguna pakai inovasi dan transformasi digital bagi memanfaatkan pasaran yang menguntungkan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah  platform e-dagang, eJazmine akan memberikan kadar keutamaan kepada perniagaan tempatan yang ingin mendapatkan akses pasaran ke negara-negara seperti AS, Arab Saudi, Indonesia dan China, sementara Fusionex, melalui penyelesaian digitalnya, membantu PKS mewujudkan kehadiran dalam talian dan menggunakan analisis dan kepintaran untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan.

Di samping itu, INHART yang ditubuhkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menawarkan program latihan khusus untuk mendidik pemilik perniagaan mengenai pematuhan syariah dan menyediakan perkhidmatan audit halal antarabangsa kepada perniagaan yang ingin memasuki pasaran asing.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • MPC, Futurise bekerjasama bantu perlaksanaan peraturan MyDIGITAL
  • Airbus dan Malaysia Airlines meterai lanjutan kontrak FHS

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.