Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pendidikan
  • »
  • Alumni Convent Bukit Nanas sampaikan penghargaan
  • »
  • BERNAMA, Pendidikan
  • April 23, 2021April 23, 2021
  • 0

Alumni Convent Bukit Nanas sampaikan penghargaan

KUALA LUMPUR, 22 April  — Selepas berhempas pulas berusaha menyelamatkan SMK Convent Bukit Nanas (CBN) daripada dirobohkan, komuniti sekolah dan pemegang taruhnya kini boleh menarik nafas lega susulan pengumuman kerajaan untuk melanjutkan tempoh pegangan pajakan tapak sekolah itu yang akan tamat 6 Sept ini, bagi tempoh sehingga 60 tahun.

Timbalan Presiden Alumni CBN Junaidah Ishak dalam menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga terhadap sokongan ramai sehingga berjaya menarik perhatian kerajaan, berkata beliau menganggap ia sebagai hadiah cukup bermakna daripada kerajaan.

“Penat lelah kami (Alumni CBN) yang bekerja keras, terutama sejak tiga hari lepas, akhirnya membuahkan kejayaan. Kami benar-benar hargai sokongan yang diterima dari pihak media – TV, radio dan portal berita dalam talian. Petisyen #saveconventbukitnanas mendapat tanda tangan hampir 70,000 individu, ia bagaikan kempen seluruh negara.

“Kami harap langkah penyenaraiannya sebagai tapak warisan akan berjalan lancar, dan CBN akan dapat terus mengekalkan nilai-nilai etosnya dan terus melahirkan wanita yang luar biasa untuk pembangunan negara kita di tahun-tahun akan datang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa, persetujuan lanjutan tempoh itu dibuat setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas, kepada pendidikan negara sejak 1899.

“Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan sahaja. Semoga dengan keputusan ini, SMK Convent Bukit Nanas akan terus melakar kejayaan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, dalam melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali  bersama Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Yasir Yahya, telah mengadakan pertemuan dengan Lady Superior of the Society of Saint Maur Sr Theresa Chua Siu Yan, yang mewakili Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas dan kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan penyelesaian yang dibincangkan.

Berita mengenai sekolah itu mendapat perhatian ramai sejak Isnin selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan penangguhan bagi Lady Superior of Saint Maur (yang menguruskan sekolah) untuk membuat permohonan semakan undang-undang bagi mencabar ketetapan berkaitan tempoh pajakan tanah tidak boleh diperbaharui.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membenarkan penangguhan itu bagi merit penuh semakan undang-undang untuk didengar, dan menetapkan tarikh 4 Mei bagi mahkamah mendengar permohonan inter-parte (antara pihak).

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Dua mangsa kebakaran di Sentul layak dipertimbang rumah PA/PPR – DBKL
  • Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.