Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Am : HPC bakal wujudkan 50,000 penempatan pekerjaan, peluang jana pendapatan – Saravanan
  • »
  • BERNAMA
  • April 6, 2021
  • 0

Am : HPC bakal wujudkan 50,000 penempatan pekerjaan, peluang jana pendapatan – Saravanan

KUALA LUMPUR, 6 April — Portal Pusat Penempatan HRDF (HPC) menyasar untuk mewujudkan 50,000 penempatan pekerjaan dan peluang menjana pendapatan pada tahun ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata bagi mencapai sasaran itu, HRDF atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad, akan menjelajah ke seluruh negara untuk menjalinkan kerjasama dengan majikan, persatuan majikan dan rakan strategik kerjaya.

“Jadi rakyat Malaysia boleh akses kepada 20,000 pekerjaan menerusi portal HPC mulai hari ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan portal berkenaan di sini yang turut dihadiri Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Saravanan berkata sehingga kini, HRDF telah menjalinkan kerjasama strategik dengan lebih 20 majikan sebelum portal itu dilancarkan hari ini.

Beliau berkata HPC bukan sebuah portal untuk mencari pekerjaan tetapi satu platform yang menyediakan penempatan pekerjaan dengan memberi tumpuan kepada pembentukan seseorang individu terhadap pekerjaan menerusi latihan dan kursus yang disediakan.

Mengulas mengenai cadangan untuk memberikan cuti kepada pekerja mendapatkan vaksin COVID-19, Saravanan berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan berbincang dengan pihak berkepentingan termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum keputusan dibuat.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata beberapa syor akan dikemukakan kepada KSM, antaranya menyarankan atau mewajibkan majikan memberi cuti kepada pekerja untuk mendapatkan vaksin mereka.

Selain itu, Saravanan juga meminta golongan belia khususnya yang sedang mencari pekerjaan agar tidak memilih pekerjaan ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dan tidak menjadikan menganggur satu budaya dalam komuniti negara ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pelancaran HPC, kolaborasi sektor awam dan swasta akan diinstitusikan, bersama pewujudkan peluang pekerjaan dan penting dalam meningkatkan tenaga kerja berdasarkan keperluan pekerjaan dengan menyediakan peningkatan kemahiran dan latihan kecekapan yang diperlukan.

“HPC akan melengkapkan dan menyokong inisiatif Majlis Pekerjaan Negara untuk mencapai objektifnya pada akhir tahun ini. Insya-Allah, ia juga akan membantu meningkatkan purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia, seterusnya meningkatkan pasaran tenaga kerja negara,” kata Tengku Zafrul.

— BERNAMA

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Am : Kira-kira 80,000 kanak-kanak di Malaysia perlukan penjagaan paliatif – Dr Adham Baba
  • Sukan : JDT terus gah terajui carta Liga Super

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.