Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Am : Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim – Tuan Ibrahim
  • »
  • BERNAMA
  • April 6, 2021
  • 0

Am : Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 April  — Malaysia tidak diundang pada Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April ini, kerana ia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia juga tidak termasuk dalam objektif utama persidangan itu, iaitu menggalakkan negara ekonomi besar yang secara kolektif menyumbang kepada 80 peratus gas rumah hijau (GHG), untuk meningkatkan komitmen mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.

Katanya, terdapat banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerland dan Thailand tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut.

“Persidangan tersebut adalah bersifat ‘one-off’ dan tidak menjejaskan rundingan serta ketetapan di bawah Kerangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (UNFCCC).

Hal ini perlu dilihat secara berasingan dengan isu pengimportan sisa plastik ke Malaysia baru-baru ini dari AS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa Malaysia tidak tersenarai dalam senarai 40 negara yang dijemput ke persidangan tersebut dan susulan itu timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjelaskan dasar semasa industri plastik kitar semula adalah dibenarkan mengikut ketetapan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang  bertanggungjawab terhadap hala tuju dan dasar industri itu.

Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengawal selia dengan pengeluaran permit import (AP) hanya untuk plastik bersih dan seragam, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) berperanan sebagai penguat kuasa memastikan pematuhan kepada Konvensyen Basel.

“Tindakan tegas akan dikenakan tehadap pengimport yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan termasuklah menghantar balik kontena sisa plastik import tersebut ke negara asal menggunakan peruntukan perenggan 31(1)(g) Akta 127 (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974).

“Pada 2019, sebanyak 124 kontena telah dihantar balik ke negara pengeksport manakala 143 kontena bagi tempoh 2020 hingga Mac 2021. Pada masa ini, terdapat 81 kontena lagi dalam tindakan JAS untuk proses penghantaran balik,” katanya.

Bagi penguatkuasaan kilang haram kitar semula sisa plastik, sehingga kini, jumlah denda bagi kes mahkamah  bagi kesalahan itu yang telah selesai mencecah RM1.24 juta.

— BERNAMA 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • IMF kekal pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini pada 6.5 peratus
  • Dunia : Peningkatan kes COVID-19, New Delhi umum perintah berkurung waktu malam

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.