Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Perlis benarkan solat tarawih di masjid dan surau sepanjang Ramadan
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Perlis benarkan solat tarawih di masjid dan surau sepanjang Ramadan

 

KANGAR, 7 April — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk mengadakan solat tarawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pelaksanaan semua aktiviti tersebut yang berkuat kuasa 1 Ramadan di masjid dan surau yang berdaftar di Perlis itu perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan.

“Bagi mengelakkan berlaku limpahan kehadiran jemaah, solat tarawih boleh dilakukan dalam dua sesi,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MAIPs, di sini, hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah sesi pertama dilakukan pada 9.00 malam sehingga 10.30 malam, manakala sesi kedua mulai 10.30 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Syed Faizuddin bertitah masjid dan surau tidak dibenarkan menjemput imam dari luar Perlis kecuali telah  mendapat kebenaran khas daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Baginda bertitah, warga asing juga dibenarkan solat tarawih kecuali Individu Dalam Siasatan (PUI) dan Individu Yang  Dijangkiti Penyakit Berjangkit (PUS).

“Aktiviti pengimarahan masjid lain yang dibenarkan adalah seperti solat sunat witir, tazkirah, tadarus, iftar, gotong-royong, qiyamullail, pengagihan sumbangan dan lain-lain selagi ia mematuhi SOP dan penjarakan fizikal satu meter,” titah baginda.

Menurut baginda aktiviti di masjid hendaklah ditamatkan sebelum 12.30 tengah malam bagi melakukan proses pembersihan dan nyah kuman.

“Masjid akan dibuka semula pada 4.00 pagi, namun pada 10 hari terakhir Ramadan masjid akan dibuka pada 3.00 pagi,” titah baginda.

Selain itu, titah baginda hanya jemaah yang berdaftar dengan jawatakuasa kariah masjid, dibenarkan beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan dengan syarat melakukan penjarakan fizikal lima meter.

— BERNAMA

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • PAYLATER mendidik dan menggalakkan perbelanjaan berhemah kepada pengguna
  • Kemenangan ke atas Melaka United bakar semangat Penang FC

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.