Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Am : Rentas daerah mengikut zon rancakkan pelancongan domestik Sabah
  • »
  • BERNAMA
  • April 6, 2021
  • 0

Am : Rentas daerah mengikut zon rancakkan pelancongan domestik Sabah

KOTA KINABALU, 6 April — Langkah kerajaan Sabah membenarkan rentas daerah mengikut zon sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula merancakkan sektor pelancongan domestik di negeri itu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata hotel, resort dan destinasi pelancongan menerima sambutan memberangsangkan daripada penduduk tempatan, malah ada tempahan terpaksa ditolak terutama di kawasan luar bandar sejak rentas daerah mengikut zon dibenarkan.

Menurutnya, kadar penginapan beberapa resort sekitar bandaraya Kota Kinabalu mencecah sehingga 70 peratus pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan minggu lalu dan destinasi pelancongan luar bandar mencapai had kapasiti yang dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Ini menunjukkan masyarakat tempatan sedar bahawa Sabah mempunyai banyak tempat pelancongan menarik untuk dilawati terutama sekali di luar bandar,” katanya kepada Bernama, di sini.

Bulan lalu, Sabah membenarkan rentas daerah mengikut enam zon sepanjang PKPP dengan Zon Satu melibatkan Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar; Zon Dua merangkumi Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang manakala Zon Tiga meliputi Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

Zon Empat pula melibatkan Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod; Zon Lima merangkumi Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan manakala Zon Enam meliputi Keningau, Tambunan dan Tenom.

Joniston berkata Sabah optimis pelancongan negeri akan beransur pulih selepas operasi dibuka secara berperingkat dengan memberi fokus utama kepada usaha memperkasakan pelancongan domestik.

Beliau menegaskan penggiat industri pelancongan tempatan sudah bersedia menerima kedatangan pelancong domestik dan tidak sabar menunggu untuk sempadan negara dibuka semula untuk pelancong asing.

Katanya, kadar pematuhan SOP dalam kalangan pengusaha pelancongan di negeri itu adalah sangat tinggi.

“Tiada tempat penginapan yang mahu penularan jangkitan COVID-19 berlaku sehingga menjadi kluster baharu kerana ia akan menjejaskan usaha untuk membuka sektor pelancongan secara berperingkat,” katanya.

— BERNAMA

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Am : Usahawan OKU hasilkan baja pertanian daripada sisa makanan
  • Am : Kira-kira 80,000 kanak-kanak di Malaysia perlukan penjagaan paliatif – Dr Adham Baba

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.