Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Alam Sekitar
  • »
  • Tapir jantan ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan
  • »
  • Alam Sekitar, BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Tapir jantan ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan

JOHOR BAHRU, 7 April — Seekor tapir jantan ditemukan mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Sedili-Tenggaroh dekat Kota Tinggi, semalam, insiden kedua membabitkan mamalia itu di negeri ini dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata bangkai tapir dewasa seberat 250 kilogram itu ditemukan pada kira-kira 10.40 pagi oleh orang awam.

“Dipercayai tapir jantan itu mati akibat dilanggar  kenderaan berat kerana tiada sebarang serpihan kenderaan yang berkenaan ditemukan di lokasi dan kejadian disyaki berlaku pada sebelah malam atau awal pagi hari berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Salman, pada 27 Mac lepas,  seekor tapir jantan seberat 300 kg ditemukan mati di Jalan Mersing-Jemaluang berdekatan Institut Latihan Perindustrian Mersing, juga dipercayai akibat dilanggar.

“Dalam kejadian tersebut juga tiada kenderaan yang terlibat dikesan di tempat kejadian,” katanya.

Salman berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak tujuh ekor tapir mati akibat dilanggar dengan enam kes berlaku dalam tempoh Januari hingga Februari.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan lintasan hidupan liar yang kebanyakannya telah dipasang dengan papan tanda amaran bagi membendung kejadian sedemikian.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Tapir, tgk, twk

Editorial

  • Sime Darby Property fokus pada segmen pertumbuhan baharu pembangunan industri & logistik pada 2021
  • Diskusi Lantai (1): Buruh, Petani dan Aktivis Sosial

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.