Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Am : Usahawan OKU hasilkan baja pertanian daripada sisa makanan
  • »
  • BERNAMA
  • April 6, 2021
  • 0

Am : Usahawan OKU hasilkan baja pertanian daripada sisa makanan

KUALA LUMPUR, 6 April — “Jadilah seperti mata lebah yang hanya mencari kebaikan.”

Itulah antara kata-kata motivasi yang menjadikan insan orang kurang upaya (OKU) dan juga pencinta alam sekitar, Abdul Rahim Muda, 32, tekad untuk menceburi bidang perniagaan baja pertanian daripada bahan sisa makanan atau dikenali sebagai baja bokasi.  

Memulakan perniagaan secara bersendirian sejak 2017,  beliau, yang merupakan OKU fizikal selepas lumpuh sebelah kiri badannya akibat pembedahan tumor pada tahun sama, kini mampu menghasilkan pendapatan sehingga RM8,000 sebulan.

“Produk ini kini saya pasarkan di Kebun Komuniti Shah Alam, walau tidak banyak mana pendapatan tetapi dapatlah tampung perbelanjaan,” kata bapa kepada seorang anak ketika ditemui Bernama pada Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD), di sini hari ini.

Beliau. yang merupakan salah seorang daripada tiga pemenang program anjuran Komuniti Belia Selangor (SAY), seterusnya akan dibimbing selama setahun di bawah program SAY LEAD+ untuk mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baharu, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.

Abdul Rahim, yang juga merupakan penternak ayam, berkata ilham untuk menceburi bidang perniagaan berkenaan timbul ketika beliau mencari pengganti dedak untuk haiwan ternakannya.

“Asalnya saya mencari pengganti dedak iaitu ulat ‘black soldier fly’ (BSF). Dalam tempoh untuk hasilkan ulat itu saya kena peram dahulu. Rupa-rupanya saya dapati proses ini juga dapat digunakan untuk baja pertanian. Jadi satu solusi untuk dua permasalahan,” katanya yang juga mahu membuktikan bahawa status OKU bukan penghalang bagi seseorang untuk berjaya.

Beliau juga kini sedang menjalankan kajian bagi menggunakan sumber yang sama digunakan untuk membuat baja bokashi bagi menghasilkan makanan haiwan ternakan sebagai produk kedua perniagaannya dan mahu menjadikan Selangor negeri pertama memanfaatkan sisa makanan secara meluas.

“Kita perlu melihat sesuatu dengan lebih positif. Contohnya, apabila orang tengok sampah orang anggap ia tiada nilai tetapi saya rasa sampah itu bernilai,” katanya anak jati Terengganu yang sudah menetap di Selangor sejak 15 tahun lepas.

Terdahulu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menjadi salah satu juri untuk memilih tiga pemenang daripada 10 usahawan golongan OKU yang bertanding dalam program berkenaan. 

Pemenang lain ialah Md Rizuan Rahim, 33, yang merupakan OKU kategori cacat kerdil dan menjalankan servis perniagaan bengkel kereta, serta Zaim Zazami Ibrahim, 35, seorang OKU fizikal (kecederaan saraf tunjang) yang menjalankan perniagaan kelas jahitan dalam talian selain menjual buku pola jahitan. 

Antara barisan juri lain termasuk Ahli Dewan Negara dan wakil OKU Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Siti Zubaidah Abd Jabar dan Pengurus Besar Yayasan Hasanah Shahira Ahmed Bazari. 

— BERNAMA

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Am : KASA umum GeRAK RM35 juta, perkasa inisiatif bandar rendah karbon
  • Am : Rentas daerah mengikut zon rancakkan pelancongan domestik Sabah

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.