Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pendidikan
  • »
  • YPM salur RM172,000 kepada kerajaan Kelantan bantu 2,820 pelajar
  • »
  • BERNAMA, Pendidikan
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

YPM salur RM172,000 kepada kerajaan Kelantan bantu 2,820 pelajar

 

KOTA BHARU, 7 April  — Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan sebanyak RM172,000 kepada kerajaan Kelantan untuk membantu perbelanjaan persekolahan seramai 2,820 pelajar menengah dan rendah di seluruh negeri ini.

Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr Mohd Nizar Sudin berkata sumbangan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pendidikan YPM itu meliputi bantuan Program Back To School YPM dan Program Celik al-Quran.

“Sebanyak RM168,000 telah diperuntukkan menerusi Program Back To School YPM di Kelantan yang melibatkan 14 kawasan Parlimen untuk dimanfaatkan oleh 2,800 pelajar.

“Sementara menerusi Program Celik al-Quran, bantuan berjumlah RM4,000 telah diperuntukkan untuk diberikan kepada 20 pelajar terpilih di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nizar menyerahkan replika cek wang tajaan bernilai RM172,000 itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Nizar berkata Program Back To School YPM merupakan bantuan persekolahan kepada pelajar miskin atau kategori keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa pelajar.

Beliau berkata, menerusi program itu juga YPM telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengenal pasti pelajar dalam kategori B40 bagi menyalurkan bantuan kepada mereka.

“Bagi Program Celik al-Quran pula, ia adalah inisiatif YPM dalam usaha mendekatkan golongan muda dengan al-Quran selain bertujuan untuk membantu peserta dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mempelajari asas bacaan al-Quran yang betul.

“Diharap dengan adanya sumbangan dan peruntukan yang diberikan ini ia dapat memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan disamping dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa mereka,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Am : Bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak masih belum pulih – Air Selangor
  • Seorang maut, tiga kru kapal kritikal akibat hidu gas ammonia – APMM

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.