Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Ambil berat keperluan OKU, titah Raja Permaisuri Agong
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Ambil berat keperluan OKU, titah Raja Permaisuri Agong

 

KUALA LUMPUR, 10 April — Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah agar semua pihak terus mengambil berat keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini.

Seri Paduka yang prihatin dengan kesejahteraan golongan OKU bertitah semua pihak juga perlu terus mencetuskan inovasi untuk meningkatkan kualiti kehidupan serta penglibatan golongan itu dalam masyarakat.

Tunku Azizah turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu meningkatkan tahap kefungsian golongan OKU menerusi penghasilan pakaian ‘Perkeso Functional Adaptive Clothing’.

“Saya dimaklumkan, kesukaran golongan OKU mendapat pakaian yang bersesuaian telah menjadi titik tolak kepada KSM menerusi PERKESO untuk mengambil inisiatif dengan menjadi antara perintis dalam mereka bentuk dan menghasilkan ‘functional adaptive clothing’ yang dimulakan dengan konsep pakaian tradisional di Malaysia,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian secara maya pada Majlis Pelancaran Perkeso Functional Adaptive Clothing di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.

Perkeso Functional Adaptive Clothing direka khas dengan fungsi fleksibel bagi memudahkan golongan OKU terutama yang lumpuh dan kekangan fizikal memakai pakaian dengan selesa.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak mengambil initiatif berkenaan dengan menghasilkan pakaian tradisional Malaysia yang dimulakan dengan Baju Kurung dan Baju Melayu dengan kerjasama pereka fesyen terkenal Nurita Harith.

Tunku Azizah yang berpeluang memakai pakaian itu, bertitah rekaan pakaian berkenaan mudah dipakai, potongan baju yang selesa dan kombinasi warna yang ceria dan menarik.

“Sememangnya ia nampak bergaya dan sesuai dipakai untuk apa jua acara, lebih-lebih lagi bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba,” titah Tunku Azizah.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Peluang akhir atlet terjun negara buru slot ke Olimpik Mei ini
  • KPPK, kerajaan negeri Sabah sepakat perkasakan industri agrikomoditi peringkat huluan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.