Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • AXA, GFlex40 tawar insurans perniagaan digital untuk PKS
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

AXA, GFlex40 tawar insurans perniagaan digital untuk PKS

 

KUALA LUMPUR, 8 April — AXA Affin General Insurance Bhd (AXA) bekerjasama dengan  syarikat teknologi insurans GFlex40  bagi melancarkan FlexyProtect, pelan perlindungan perniagaan dalam talian yang memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AXA Emmanuel Nivet berkata dengan memanfaatkan keupayaan teknologi GFlex40 – yang berkongsi aspirasi dan nilai sama dalam mengutamakan pelanggan – AXA berusaha untuk menawarkan pelan perlindungan perniagaan yang mudah, berpatutan dan mudah diakses melalui teknologi digital yang inovatif.

“Melalui kerjasama ini, kami bukan sahaja dapat membantu PKS dalam mengurangkan risiko yang tidak terduga, malah memudahkan akses terhadap perlindungan perniagaan kepada mereka.

“Seiringan dengan kekuatan agensi kami yang memiliki kepakaran dan pengalaman, kami percaya kami dapat memperkasakan PKS dengan menawarkan perlindungan dan sokongan kewangan yang berterusan untuk membantu perniagaan mereka dalam dunia yang semakin digital ini,” kata Nivet.

Ditaja jamin oleh AXA, FlexiProtect menawarkan tiga pelan mudah dan kos efektif yang dapat disesuaikan berdasarkan keperluan persekitaran perniagaan semasa.

“Ia memberi PKS fleksibiliti untuk memilih manfaat yang diingini, daripada perlindungan komprehensif hingga manfaat khusus untuk gerai makanan dan minuman serta pusat pembelajaran.

“Dengan memperkenalkan pengalaman digital daripada mula hingga akhir, proses permohonan dapat diringkaskan lagi kepada hanya tiga hingga lima langkah mudah, sekali gus mengurangkan masa yang diperlukan untuk memperoleh insurans perniagaan dari beberapa hari ke beberapa minit sahaja,” kata AXA.

Menurutnya, ini dapat direalisasikan melalui teknologi proprietari dalaman GFlex40 – Expert Visual (aided) Actuarial Nexus (EVAN), yang menguasakan kebolehan GFlex40 untuk melaksanakan aktiviti dengan tepat seperti penajajaminan pelanggan berdasarkan peraturan, pengenalan biometrik dan pengesahan pelanggan (E- KYC).

FlexyProtect boleh dibeli melalui portal dalam talian GFlex40.

Untuk maklumat lanjut, sila layari visit www.flexyprotect.com.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Lima pakej kerja baharu Projek Pan Borneo Sabah dalam proses tender
  • AADK Kelantan akan laksana program ujian saringan air kencing di sekolah

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.