Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Bangladesh harap Malaysia mainkan peranan penting bantu selesai krisis Rohingya
  • »
  • Berita, BERNAMA
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

Bangladesh harap Malaysia mainkan peranan penting bantu selesai krisis Rohingya

KUALA LUMPUR, 13 April — Bangladesh berharap Malaysia akan memainkan peranan penting untuk membawa isu pelarian Rohingya ke peringkat ASEAN dan membantu Bangladesh mencapai penyelesaian jangka panjang terhadap krisis ini.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Md Golam Sarwar berkata Malaysia adalah antara negara terawal membantu Bangladesh di awal krisis Rohingya tercetus pada 2017.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menyokong Bangladesh dalam isu ini di pelbagai forum antarabangsa, termasuk pada Sidang Kemuncak ASEAN dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha mereka dalam mendirikan hospital di Cox’s Bazaar untuk memberikan bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya.

“Kami juga menghargai sokongan moral yang diberikan Malaysia. Kami berharap Malaysia akan meneruskan usaha untuk membantu  Myanmar sehingga mencapai persekitaran yang kondusif di Rakhine Utara untuk memastikan Rohingya yang dipaksa keluar dari Myanmar dapat pulang ke negeri asal mereka  secepat mungkin,” katanya pada Program Ambassador Global Lecture anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Isnin.

Beliau berkata Bangladesh telah menjadi tuan rumah kepada lebih 1.1 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar pada 2017.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Rohingya, tgk, twk

Editorial2

  • MAQIS P.Pinang rampas daging kerbau sejuk beku bernilai RM614,605
  • Polis kesan beberapa individu disyaki culik dua pekerja restoran warga India

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.