Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Bank Rakyat umum dividen 13 peratus
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 12, 2021April 12, 2021
  • 0

Bank Rakyat umum dividen 13 peratus

KUALA LUMPUR, 12 April — Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) telah mengumumkan dividen 13 peratus untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2020 berbanding dengan 14 peratus pada tahun kewangan 2019.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pembayaran berjumlah RM373 .36 juta itu akan dikreditkan ke dalam akaun 834,302 ahli berkuat kuasa hari ini.

“Walaupun menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada tahun lepas akibat pandemik COVID-19, bank berjaya mencatat keuntungan sehingga dividen dua angka dapat diberikan.

“Bank Rakyat telah membayar dividen dua angka selama hampir 22 tahun kecuali pada 1998 apabila ia hanya membayar lapan peratus berikutan krisis kewangan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pembayaran dividen 2020 di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar berkata dana pemegang saham meningkat 6.2 peratus atau RM1.22 bilion kepada RM20.95 bilion berbanding RM19.73 bilion sebelumnya, berpunca daripada keuntungan bersih kumpulan yang dibawa pada tahun ini .

“Menjelang 31 Disember 2020, Nisbah Modal Wajaran Risiko dan Nisbah Modal Teras setelah dividen akhir yang dicadangkan tetap kukuh masing-masing pada 24.14 peratus serta 22.21 peratus.

“Nisbah modal ini jauh adalah di atas keperluan peraturan minimum dan majoriti industri, meletakkan kumpulan sebagai salah satu bank terkukuh daripada segi kedudukan modal,” katanya.

Beliau ketika mengulas mengenai prestasi kewangan tahun kewangan 2020 bank itu mengatakan ia mencatatkan prestasi yang mantap walaupun keuntungan bersih adalah lebih rendah sebanyak RM1.38 bilion berbanding RM1.65 bilion yang direkodkan semasa tahun sebelum ini.

Bank Rakyat terus menjadi bank koperasi yang paling menguntungkan dan juga kewangan Islam kedua terbesar di Malaysia disebabkan kemantapan asas-asasnya serta tumpuannya terhadap aktiviti teras walaupun negara dilanda ketidaktentuan akibat pandemik dan impak selepas moratorium.

“Bank itu menyaksikan aktiviti pembiayaan dan pelaburan yang kukuh dengan sedikit penurunan dalam  pendapatan pembiayaan kerana pemampatan margin di bawah rejim Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang rendah.

“Namun demikian, peruntukan yang lebih tinggi untuk pembiayaan tidak berprestasi (NPF) , sejajar dengan trend industri yang menjejaskan keuntungan,”katanya.

Menurut Abdul Rani lagi, jumlah aset Bank Rakyat juga meningkat 1.8 peratus atau RM1.95 bilion kepada RM111.75 bilion daripada RM109.80 bilion, manakala, deposit termasuk akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) serta simpanan berjangka berjumlah RM85.58 bilion berbanding RM83.83 bilion sebelumnya.

Melangkah ke hadapan, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata kumpulan itu akan terus memberi tumpuan kepada bidang pertumbuhan baharu terutamanya daripada potensi yang belum dimanfaatkan dalam perniagaan serta operasinya bagi mewujudkan nilai jangka panjang kepada ahli-ahlinya.

Beliau berkata, bank tersebut sudah pun bertapak dengan baik dalam ruang pembiayaan runcit terutama pinjaman peribadi dan ingin mempelbagaikan portofolio lebih jauh ke dalam pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana serta segmen koperasi.

“Ini sejajar dengan pelan strategi BR25 Bank Rakyat yang kini dalam fasa pelaksanaan, yang mana beberapa program telah dilaksanakan pada tahun ini yang merangkumi penubuhan empat Pusat Perniagaan Koperasi dan PKS  (SMEC) baharu di seluruh negara.

“Kami mahu membiayai sekitar RM7 bilion pembiayaan kepada PKS pada 2025 dan sekitar RM400 juta telah dikeluarkan hingga kini. Oleh itu melalui SMEC kami berharap dapat melayani keperluan PKS dengan lebih baik melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih baik dan pantas,” katanya.

Syed Abdul Aziz berkata pertumbuhan pinjaman bank untuk tahun lepas adalah hampir 100 peratus berdasarkan kepada ukuran modalnya.

“Kami berharap dapat mengekalkan prestasi itu bagi tahun ini,” tambahnya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Pemegang pas lawatan sosial tamat tempoh perlu tinggalkan Malaysia sebelum 21 April
  • Luster peroleh kontrak bernilai RM1 bilion bina barisan pengeluaran sarung tangan di AS

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.