Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Bekas kakitangan Imigresen disyaki buka laluan sindiket palsukan PLKS – Azam Baki
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Bekas kakitangan Imigresen disyaki buka laluan sindiket palsukan PLKS – Azam Baki

 

KUALA LUMPUR, 7 April — Bekas kakitangan Jabatan Imigresen adalah antara individu yang disyaki membuka laluan kepada sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), dan menggodam sistem pangkalan data imigresen, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata, bekas kakitangan jabatan berkenaan telah diberhentikan kerja beberapa tahun yang lepas.

“Bekas kakitangan itu dipercayai mempunyai akses menggodam sistem pangkalan data imigresen, sehingga membenarkan sindiketnya mencuri kata laluan pegawai-pegawai imigresen.

“Hasil pembongkaran sindiket ini, mereka menggunakan peralatan antaranya seperti router, untuk menggodam sistem sehingga sindiket ini mampu mencetak dan menduplikasi perisian sistem berkenaan dengan mencetak PLKS di luar pejabat imigresen,” katanya dalam sidang media operasi hack – sindiket godam sistem di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur, di sini.

Azam berkata setakat ini, seramai lima suspek termasuk seorang individu bergelar Datuk ditahan dan direman selama enam hari bermula hari ini di Mahkamah Shah Alam.

Selain itu, Azam berkata setakat 9 malam tadi, pihaknya telah membekukan sebanyak 147 akaun melibatkan 30 individu dan 11 syarikat dengan jumlah sebanyak RM9.9 juta.

Beliau berkata jumlah berkenaan akan bertambah, apabila pihak bank selesai megemas kini baki akhir akaun itu selepas proses pembekuan dibuat.

Terdahulu Mahkamah Majisteret Shah Alam hari ini, telah mengeluarkan perintah reman terhadap lima individu termasuk seorang individu awam bergelar Datuk selama enam hari bagi membantu siasatan kes Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu Jabatan Imigresen Malaysia.

Perintah reman hingga Isnin itu terhadap Datuk berusia 43 tahun dan empat individu lain berumur di antara 33 hingga 42 tahun itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil, selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya telah lama memperoleh maklumat berhubung sindiket pemalsuan PLKS dan mengambil keputusan menubuhkan pasukan khas, sejak pertengahan tahun lepas.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Imigresen, PLKS, tgk, twk

Editorial

  • 5.7 juta premis lulus bagi gentian optik pada peringkat kedua JENDELA fasa satu – MCMC
  • MySejahtera boleh diperluas sebagai pusat sehenti — Saifuddin

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.