Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Permohonan biasiswa tajaan Jepun MEXT 2022 dibuka untuk pelajar Malaysia
  • »
  • Berita, BERNAMA, Pendidikan
  • April 30, 2021April 30, 2021
  • 0

Permohonan biasiswa tajaan Jepun MEXT 2022 dibuka untuk pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 April  — Permohonan biasiswa tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) bagi tahun akademik 2022 kini dibuka sehingga 28 Mei (sebelum 4 petang) kepada warganegara Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kedutaan Besar Jepun di Malaysia mengatakan biasiswa itu menawarkan elaun bulanan kira-kira 117,000 yen (RM4,400) untuk penuntut  Sarjana Muda (jumlahnya tertakluk kepada perubahan).

“Tidak termasuk yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti. Tiket penerbangan pergi dan balik juga disediakan,” kata kedutaan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagi permohonan biasiswa Program Sarjana Muda untuk tempoh lima hingga tujuh tahun yang bermula April 2021, pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 25 tahun pada 1 April 2021.

Menurut kenyataan itu pemohon mestilah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya melalui 11 tahun pendidikan formal. Mereka yang telah menamatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Unified Examination Certificate (UEC), Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon.

“Pemohon mesti menguasai bahasa Inggeris atau Jepun dengan keputusan yang baik dalam mata pelajaran utama yang lain,” katanya.

Borang dan garis panduan permohonan boleh dicetak dari laman web Kedutaan Jepun di www.my.emb-japan.go.jp.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh melayari laman web Kedutaan Jepun atau menghubungi kedutaan di 03-2177-2600 (samb. 146 untuk sarjana muda) atau e-mel ke edu@kl.mofa.go.jp.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Biasiswa, Jepun, MEXT, tgk

Editorial2

  • Sistem MyUBAT diperluas kesemua fasiliti kesihatan di seluruh negara
  • ShopeePay aktif dompet mudah alih bagi peniaga bazar

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.