
KUALA LUMPUR, 2 April — Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 20 Dis 2021 sebagai tarikh baharu perbicaraan dua kes saman fitnah difailkan penceramah bebas Dr Zakir Naik terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy.

Dua saman yang difailkan secara berasingan pada Oktober dan Disember 2019, atas dakwaan Ramasamy mengeluarkan kenyataan fitnah membabitkan pendakwah bebas itu, selain mengaitkannya dengan isu kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), akan dibicarakan secara bersama kerana ia melibatkan defendan yang sama.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Dr Zakir selaku plaintif berkata Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril menetapkan 20 hingga 22 Dis ini dan 14 hingga 17 Mac 2022 untuk perbicaraan kes itu.
Sumber : BERNAMA
Leave a Reply