Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Buta tidak halang warga emas bergelar penternak puyuh
  • »
  • BERNAMA
  • April 17, 2021April 17, 2021
  • 0

Buta tidak halang warga emas bergelar penternak puyuh

BATU PAHAT, 17 April — Tragedi kemalangan jalan raya kira-kira 25 tahun lepas sehingga mengakibatkan kedua-dua belah matanya buta tidak mematahkan semangat seorang warga emas di Kampung Sri Gading, di sini, untuk bergelar seorang penternak burung puyuh.

Kow Meng Soon, 60, berkata dia kini menternak 5,000 ekor burung puyuh dan mampu menjual kira-kira 2,000 biji telur haiwan itu setiap hari kepada pemborong.

Menurut Kow, dia dan isteri, Disianti Lee, 30, perlu menternak burung berkenaan demi mata pencarian kerana ia satu-satunya pekerjaan yang mampu dilakukannya selepas menjadi orang kurang upaya (OKU).

“Sebelum ini saya bekerja di Singapura dan saya nekad untuk menternak burung puyuh walaupun tidak mempunyai pengalaman. Saya menggunakan wang simpanan hasil pekerjaan sebelum ini sebagai modal…ia lebih baik daripada saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Saya juga perlu bekerja keras, lebih-lebih lagi memiliki tiga anak berumur antara enam dan 15 tahun yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.

Kow mengakui penularan pandemik COVID-19 turut memberi tempias terhadap aktiviti ternakannya dengan kehilangan lebih separuh pendapatan.

Katanya, dia pernah kerugian besar apabila tidak dapat menternak burung puyuh hampir 10 bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tahun lepas.

“Ketika itu, saya perlu melupuskan hampir 10,000 ekor burung puyuh selain memberikannya kepada kenalan dan jiran. Kini setelah hampir tiga bulan saya memulakan kembali ternakan, saya gembira dan bersyukur kerana telur puyuh ini masih mempunyai pasaran walaupun tidak seperti sebelum PKP,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Sri Gading Sharuddin Abu Bakar berkata dia berbangga dengan Kow yang tabah dan cekal untuk berjaya walaupun bergelar OKU.

“Kow merupakan satu-satunya OKU yang boleh dianggap berjaya di kampung ini dan usahanya ini diharap dapat dijadikan teladan oleh para penduduk kampung,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • ‘Kafe Kindness Kitchen’ tawar makanan percuma untuk golongan tidak mampu
  • Cubaan bawa tuah bekas kontraktor, perintis nanas cobek di Malaysia berjaya tuai hasil pertama

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.