Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Alam Sekitar
  • »
  • Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan – Exco
  • »
  • Alam Sekitar, BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan – Exco

BESTARI JAYA, 11 April  — Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam peringkat perbincangan dan Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti pandangan pakar berkaitan, kata Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian.

Beliau berkata banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum keputusan berhubung status penyahwartaan hutan itu dilakukan termasuk soal ekonomi, pembangunan dan kebajikan Orang Asli.

“Saya juga mengambil kira pandangan daripada pakar, profesor, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti lain tentang sama ada hutan itu patut dinyahwartakan atau tidak.

“Kita menghormati pandangan badan bukan kerajaan (NGO) serta Orang Asli dan sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan melihat semua aspek bukan setakat hutan sahaja tetapi juga aspek ekonomi, Orang Asli dan pembangunan,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Warta Tanah Tokong di sini hari ini.

Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.

“Kita tidak akan mengurangkan jumlah hutan simpan di negeri Selangor.  Sebab itu kita kena fikir banyak aspek kerana kalau kita nak keluarkan, kena cari ganti yang lebih berkualiti daripada yang sedia ada, itu adalah polisi kita.

“Jadi untuk membuat pembangunan di negeri Selangor, kita akan pastikan jumlah keluasan hutan dikekalkan atau lebih daripada 32 peratus,” katanya.

Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang diwartakan pada 13 Mei 1927 dan terletak di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, Selangor mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun 2020.

Notis itu, yang bertujuan mendapatkan pandangan umum berikutan cadangan pemansuhan pewartaan hutan tersebut, mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat terutama komuniti Orang Asli yang bergantung hidup dengan sumber hutan sejak ratusan tahun lamanya.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Ericsson mampu lahirkan tenaga kerja mahir 5G untuk Malaysia
  • 40 masjid sekitar Parlimen Indera Mahkota terima sumbangan Ramadan

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.