Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • COVID-19: Tiada bazar Ramadan di Sabah tahun ini
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

COVID-19: Tiada bazar Ramadan di Sabah tahun ini

 

KOTA KINABALU, 7 April  — Kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti Bazar Ramadan pada tahun ini susulan masih ada penularan COVID-19 dilaporkan di dalam negeri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan itu dibuat kerana kes jangkitan COVID-19 di Sabah masih dalam keadaan yang tidak stabil, dan beberapa kluster muncul akibat penganjuran majlis sosial dan keramaian.

“Selain itu tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) rakyat Sabah masih rendah,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu beliau yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, setelah membuat penilaian, kerajaan negeri bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Siasai Tamu, dan Kampung Lebak Moyoh,  Kota Belud esok, seperti yang dijadualkan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mengesahkan baki kes aktif di lokaliti berkenaan adalah terkawal dan semua kes positif telah menerima rawatan manakala kontak rapat telah diasingkan serta dipantau sehingga hari ke-14,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata 60 kes COVID-19 dicatatkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,294 kes.

Sumber : BERNAMA

Tags: COVID, fbk, ramadan, tgk, twk

Editorial

  • Liga Super: Perak bangkit untuk benam UiTM FC 3-2
  • Platform Fastrexs sasar bantu latih 5,000 belia jana pendapatan 

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.