Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Cuepacs gesa henti sebar maklumat tidak tepat isu kompaun masjid
  • »
  • Berita, BERNAMA, Masyarakat
  • April 24, 2021April 24, 2021
  • 0

Cuepacs gesa henti sebar maklumat tidak tepat isu kompaun masjid

KUALA LUMPUR, 24 April — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa pelbagai pihak termasuk orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO) agar tidak menjadikan tindakan kompaun ke atas sebuah masjid di Pekan, Pahang sebagai isu dengan menyebarkan maklumat tidak tepat.

Presidennya Adnan Mat berkata CUEPACS menerima aduan daripada ahli kesatuan mengenai isu tersebut sehingga mengakibatkan seorang penjawat awam yang mengeluarkan kompaun itu menjadi mangsa buli dan kecaman di media sosial tanpa sebarang pembelaan sewajarnya.

Lebih menyedihkan, katanya apabila serangan itu turut dilakukan beberapa NGO tanpa semakan fakta dan kronologi kes tepat sehingga mendedahkan mangsa, Zuharnan Rashid, yang juga Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan kepada lebih banyak serangan dan kecaman tidak berasas.

“Tindakan tersebut sebenarnya mengganggu tugas seorang penjawat awam yang hanya bertindak demi memastikan kepatuhan masyarakat terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adnan, CUEPACS pada peringkat awal memberi ruang kepada Zuharnan dan jabatan berkenaan untuk menyelesaikan isu itu kerana berpendapat keadaan dapat diselesaikan dengan baik antara pihak masjid, PKD dan orang awam.

Bagaimanapun, isu itu dilihat semakin tidak terkawal berikutan penyebaran maklumat tidak tepat yang mengakibatkan Zuharnan dipersalahkan sepenuhnya, katanya.

Berdasarkan kronologi kes, CUEPACS difahamkan keputusan kompaun tersebut dibuat dengan penglibatan pelbagai ketua jabatan kerajaan termasuk ketua kadi daerah berikutan terdapat kes positif COVID-19 melibatkan ahli kariah masjid berkenaan.

Beliau berkata pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk melakukan penjejakan kontak kerana ramai jawatankuasa masjid dan jemaah yang hadir tidak merekod kehadiran dalam buku atau menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Kalau ikutkan kesalahan tersebut boleh dikenakan secara individu dan akan mengakibatkan ramai jemaah tetapi keputusan diambil untuk hanya mengeluarkan satu kompaun sahaja kepada jawatankuasa masjid sebagai pengajaran kepada masjid-masjid lain dan bukan untuk tujuan aniaya.

“Semasa keputusan tersebut diambil tuan kadi daerah juga turut menyatakan tiada halangan termasuklah oleh ketua-ketua jabatan lain yang turut hadir,” katanya

Adnan berkata CUEPACS juga memohon Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang atau Pengerusi Task Force COVID-19 Pekan untuk tampil memberikan penjelasan sebenar dalam isu tersebut bagi membersihkan nama Zuharnan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: COVID, tgk

Editorial2

  • Kualiti air Sungai Kim Kim masih boleh dipulihkan – Presiden MNS
  • Serpihan dipercayai komponen kapal selam TNI yang hilang Rabu lepas ditemukan

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.