Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Jual daging beku “dilembutkan” antara helah peniaga naikkan harga – KPDNHEP Melaka
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 23, 2021April 23, 2021
  • 0

Jual daging beku “dilembutkan” antara helah peniaga naikkan harga – KPDNHEP Melaka

MELAKA, 23 April — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka hari ini mendedahkan pelbagai helah yang dibuat oleh peniaga daging untuk menaikkan harga jualan termasuk “melembutkan” daging beku sebelum dijual sebagai daging “segar”.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata perkara itu dikesan oleh pihaknya dalam pemantauan yang dijalankan di Pasar Besar Melaka di sini hari ini.

“Dalam pemantauan tadi kita dapati ada peniaga yang menjual daging kerbau dengan harga RM22 berbanding harga yang ditetapkan iaitu RM20. Alasan yang diberi ialah dia sudah ‘melembutkan’ daging kerbau tersebut yang asalnya daging kerbau beku.

“Pegawai penguat kuasa telah memberi amaran, dan sekiranya berulang, tindakan kompaun atau denda akan dikenakan kepada peniaga berkenaan,” katanya pada sidang media selepas melakukan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 di pasar berkenaan.

Beliau turut menasihati peniaga agar bijak dalam memilih pemborong bagi memastikan bekalan diperoleh pada harga rendah.

“Ada penjual ayam beri alasan terpaksa naikkan harga sebab dia mendapatkan bekalan daripada pemborong atas pemborong dan juga faktor telah kenal lama pemborong.

“Penjual sepatutnya boleh mencari alternatif lain dengan mendapatkan bekalan lebih murah daripada peladang atau pemborong lain, dan mereka perlu bertimbang rasa dengan pengguna yang tertekan dengan kenaikan harga barang,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan – Nancy Shukri
  • Waspada helah, penipuan perbankan internet – MCMC

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.