Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • DesaMall@Lipis platform usahawan luar bandar pasarkan produk tempatan
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

DesaMall@Lipis platform usahawan luar bandar pasarkan produk tempatan

KUALA LIPIS, 10 April  — Usahawan luar bandar di sekitar Daerah Lipis termasuk di Jerantut dan Raub diharap supaya dapat memanfaatkan DesaMall@Lipis dalam membantu mereka mempromosikan produk masing-masing, kata  Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Katanya agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bersedia memberi bimbingan kepada mereka yang berminat dan peniaga tempatan harus memanfaatkan peluang yang disediakan menerusi inisiatif kementerian itu.

“Selain di Lipis, konsep kedai DesaMall telah beroperasi di Mersing, Johor dan dijangka dibuka di Lawas, Sarawak dalam masa terdekat dan kita menyasarkan untuk membuka satu DesaMall di setiap negeri dengan harapan ia dapat menjadi platform usahawan mempromosikan produk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan DesaMall@Lipis di Jalan Besar, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPLB Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata DesaMall@Lipis telah mula beroperasi pada 20 Feb lepas dengan 420 produk dipasarkan untuk jualan dengan kerjasama syarikat pentadbir DesaMall@KPLB iaitu eLokal Sdn Bhd bersama operator tempatan yang dilantik dengan hasil jualan berjumlah RM27,000 direkodkan setakat 31 Mac.

DesaMall@Lipis dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 10 pagi hingga 8 malam dan antara produk  usahawan tempatan yang diketengahkan ialah kopi, susu, sabun, kerepek dan pelbagai jenis biskut.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis turut menggalakkan usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian menerusi DesaMall@KPLB di platform e-Dagang antaranya Shopee, Lazada dan eBay.

Untuk rekod, sejak dilancarkan pada akhir 2017 sehingga 31 Mac, DesaMall@KPLB telah mencatatkan jumlah jualan RM2.05 juta dengan 2,362 produk dipasarkan menerusi e-Dagang.

Sementara itu, Noraziza Ngadenan, 37, usahawan produk sambal hitam berkata beliau tidak menang tangan menyiapkan tempahan sejak mula memasarkan produk itu pada Februari lepas di DesaMall@Lipis.

Beliau yang berasal dari Kampung Barus, Lipis berkata resipi berkenaan merupakan cita rasanya sendiri selepas mencuba beberapa sambal hitam di pasaran dengan mula menjual produk yang dihasilkannya di rumah sekitar 2015 secara kecil-kecilan menerusi media sosial.

“Sejak Februari, kira-kira 1,000 botol sambal hitam yang dijual dengan harga RM12 sebotol telah dipasarkan di DesaMall@Lipis, setiap minggu saya perlu menambah stok dalam 30 botol. Kini produk berkenaan dalam proses untuk mendapatkan status halal dan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI),” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Tiada campur tangan politik dalam siasatan SPRM – Azam Baki
  • GP Malaysia: Grace Wong pecah rekod kebangsaan tukul besi

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.