Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Aplikasi DIBIZ, platform untuk pekebun kecil dan peniaga sawit jalankan perniagaan secara digital
  • »
  • BERNAMA, Teknologi
  • April 16, 2021April 16, 2021
  • 0

Aplikasi DIBIZ, platform untuk pekebun kecil dan peniaga sawit jalankan perniagaan secara digital

SEREMBAN, 16 April  — Syarikat pembangunan perisian untuk industri sawit, DIBIZ Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan aplikasi DIBIZ, platform digital untuk pekebun kecil dan peniaga sawit yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan dengan lancar serta lebih telus dan cepat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, U.R. Unnithan berkata aplikasi ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pekebun kecil dan peniaga tanpa melibatkan sebarang kos dan boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi IOS.

Katanya antara kelebihan aplikasi tersebut adalah setiap pekebun dapat menerima maklumat mengenai penggredan tandan buah segar (TBS) daripada peniaga atau kilang serta-merta selain dapat melihat harga TBS secara harian.

“Aplikasi tersebut juga dilengkapi lima bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Indonesia. Pekebun juga boleh mendapatkan harga terkini TBS di laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), menerusi aplikasi tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selain itu, pekebun juga boleh menyimpan semua rekod iaitu maklumat penuaian, nota pengiriman, nota jambatan timbang, penggredan TBS secara digital di aplikasi itu yang boleh diakses setiap masa.

“Aplikasi ini dapat membantu peniaga antaranya dari segi menyelesaikan masalah dalam penjadualan, penuaian, pembajaan dan pengangkutan di samping memantau kualiti TBS bagi setiap pekebun kecil,” katanya.

Katanya aplikasi ini juga dapat mengelak kecurian TBS selain menarik minat generasi muda di Felda untuk terlibat dalam penanaman kelapa sawit.

Mengenai perancangan masa depan, Unnithan berkata terdapat penambahan ciri-ciri dalam aplikasi tersebut antaranya mengintegrasikan sistem pembayaran supaya peniaga dapat membayar pekebun kecil melalui aplikasi.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Kriteria pemilikan rumah PR1MA kekal untuk skim ‘Rent-To-Own’
  • Permohonan Najib untuk dapatkan dokumen dalam kes 1MDB didengar 31 Mei

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.