Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Digital Mersing galakkan lebih ramai beralih kepada kaedah transaksi tanpa tunai
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

Digital Mersing galakkan lebih ramai beralih kepada kaedah transaksi tanpa tunai

MERSING, 13 April — Pelaksanaan Digital Mersing sejak 1 Mac lepas yang bertujuan menggalakkan komuniti setempat beralih kepada kaedah transaksi tanpa tunai ternyata memberi manfaat dan memudahkan aktiviti urus niaga harian penduduk.

Inisiatif untuk menaik taraf masyarakat Mersing ke arah digitalisasi itu merupakan aspirasi Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang sehingga kini berjaya menarik penyertaan seramai 80 usahawan berdaftar di bawah program berkenaan.

Seorang penjawat awam, Nor Aishah Abdul Rahman, 26, berkata pelaksanaan program itu sedikit sebanyak membantu memudahkannya membuat urusan jual beli dengan selamat tanpa perlu membawa wang tunai.

“Mudahlah, lepas ni kalau nak beli barang, tak perlu bawa ‘cash’ banyak-banyak selain tak perlu beratur di ATM (mesin pengeluaran wang automatik) yang selalunya ambil masa lama, ditambah pula dengan nak cari parkir lagi.

“Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai usahawan menawarkan medium pembayaran secara digital ini bagi mempercepat urusan transaksi, ” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Suri rumah Nurul Hidarina Mohammed Azam, 30, yang menyokong inisiatif itu pula mencadangkan agar pihak berkaitan memberi penerangan jelas mengenai cara penggunaanya dan dilaksanakan secara berperingkat memandangkan ada dalam kalangan penduduk Mersing yang masih kurang mahir menggunakan teknologi.

“Saya percaya dengan pandemik yang masih merekodkan kes yang tinggi setakat semalam antara lain mendorong orang ramai memilih platform pembayaran tanpa sentuh yang dapat mempercepat kaedah pembayaran.

“Bagaimanapun, pihak berkaitan perlu meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dalam menggalakkan mereka mendapatkan produk desa melalui platform digital sekali gus membudayakan urus niaga tanpa tunai,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Pada Sabtu (10 April) lepas, Dr Abdul Latiff yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar melancarkan Digital Mersing di Pusat Komuniti Desa Air Merah, di sini.

Inisiatif program itu membuktikan komitmen Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Mersing bagi menyahut saranan kerajaan dalam usaha membangunkan ekonomi dan komuniti digital khususnya buat warga Mersing.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Odajer.com tawar 10,000 slot niaga secara percuma bernilai lebih RM20 juta
  • Saudia lancar percubaan aplikasi perjalanan untuk penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.