Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Dua mangsa kebakaran di Sentul layak dipertimbang rumah PA/PPR – DBKL
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 21, 2021April 21, 2021
  • 0

Dua mangsa kebakaran di Sentul layak dipertimbang rumah PA/PPR – DBKL

KUALA LUMPUR, 21 April  — Hanya dua mangsa kebakaran di Sentul Pasar pada 14 Jan lepas, layak untuk dipertimbangkan penempatan di Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Keputusan itu dibuat selepas DBKL melakukan dua kali bancian terperinci bagi mengenal pasti status kewarganegaraan mangsa kebakaran tersebut oleh Jabatan Penguatkuasaan pada 14 Jan dan 8 Feb lepas.

Pada masa sama, DBKL juga melaksanakan semakan rekod pemilikan harta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Berdasarkan fakta yang diperoleh dan maklum balas daripada LHDN mendapati seorang daripada mangsa adalah isteri kepada pemilik asal rumah tersebut yang telah meninggal dunia dan tiada pemilikan harta manakala dua mangsa mempunyai pasangan bukan warganegara.

“Empat mangsa atau pasangan ada pemilikan harta di dalam radius 35 kilometer persegi dari Kuala Lumpur dan tiga mangsa adalah tambahan nama yang tidak termasuk dalam bancian asal dan telah dibanci semula oleh Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL,” menurut kenyataan DBKL hari ini.

Pada 14 Jan lepas, berlaku kebakaran di No. 364, Lorong Sentul Pasar melibatkan sebuah rumah kediaman yang terdiri daripada lima bilik tidur, satu stor katering dan satu bahagian dapur katering yang dijadikan sebagai tempat untuk memasak makanan katering sekitar 7 malam.

Rumah kediaman itu merupakan setinggan yang didirikan di atas tanah rizab kerajaan dan seramai enam keluarga terlibat semasa kejadian.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bagi meringankan beban, DBKL telah menempatkan mangsa kebakaran di pusat pemindahan sementara (PPS) dan menyerahkan sumbangan bencana alam sebanyak RM500 kepada ketua keluarga, P. Baby Sarojini.

Selain itu, Pejabat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan juga telah menyampaikan Bantuan Asas Makanan kepada semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • 30 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Batu Sapi pagi tadi
  • Alumni Convent Bukit Nanas sampaikan penghargaan

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.