Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Sebelum September 2019 , data lebih 530 juta pengguna Facebook ‘dicuri’
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Sebelum September 2019 , data lebih 530 juta pengguna Facebook ‘dicuri’

 

WASHINGTON, 7 April — Gergasi platform media sosial Amerika Syarikat (AS), Facebook menyatakan data  lebih 530 juta penggunanya ‘dicuri’ dan menegaskan kejadian berlaku untuk tempoh sebelum September 2019, lapor Sputnik.

“Pada 3 April, Business Insider menerbitkan laporan menyatakan maklumat daripada lebih 530 juta pengguna Facebook, didedahkan menerusi sebuah pangkalan data terbuka.

“Kami mempunyai pasukan yang dikhaskan untuk menangani isu seperti ini dan faham terhadap kesan yang bakal dialami oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan kami.

“Penting untuk difahami bahawa pelaku yang berniat jahat ini memperoleh data bukan menerusi tindakan menggodam sistem, sebaliknya mencurinya daripada platfom kami sebelum September 2019,” kata Facebook menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Facebook berkata mereka percaya data terbabit dicuri atau ‘dikikis’ menggunakan platfom import kenalan.

“Sebaik kami mengetahui bagaimana pelaku menggunakan ciri ini pada 2019, kami membuat perubahan kepada platfom import kenalan itu.

“Dalam kes ini, kami mengemas kini platfom itu bagi mengelak anasir jahat menggunakan perisian ini untuk meniru aplikasi kami dan memuat naik sejumlah set nombor telefon untuk melihat nombor mana yang sepadan dengan nombor pengguna kami.

“Menerusi fungsi sebelum ini, pelaku boleh meminta mendapatkan sejumlah set profil pengguna dan mendapatkan maklumat pengguna terbabit termasuk profil umum,” menurut kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, Facebook menegaskan, maklumat yang terdedah tidak termasuk maklumat kewangan, kesihatan atau kata laluan.

Sumber : BERNAMA

Tags: Facebook, fbk, tgk, twk

Editorial

  • Kerjasama Affin Islamic-Zurich Takaful tawar bancatakaful ‘Affin Sure Cover’
  • Sime Darby Property fokus pada segmen pertumbuhan baharu pembangunan industri & logistik pada 2021

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.