Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • ECERDC, UniSZA sasar 100 Orang Asli bagi latihan keusahawanan empower ECER
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

ECERDC, UniSZA sasar 100 Orang Asli bagi latihan keusahawanan empower ECER

 

MERSING, 8 April — Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyasar untuk melatih 100 Orang Asli tahun ini menerusi program latihan kemahiran dan keusahawanan di bawah inisiatif empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pengurus Projek empower ECER UniSZA, Roslie Zakarya @ Derahman berkata penglibatan masyarakat Orang Asli dalam program itu merupakan kali pertama sejak pelaksanaannya pada 2013 dalam usaha melahirkan komuniti yang mempunyai ciri-ciri usahawan.

Beliau berkata latihan selama enam bulan itu antara lain memberi pendedahan mengenai teknik pemasaran dalam talian selain melatih selok-belok dan cara menyesuaikan diri untuk berdepan dengan pelanggan.

“Ia melibatkan tiga daerah iaitu Temerloh dan Bentong di Pahang serta Mersing di Johor yang mana mereka berpeluang memperoleh ilmu bermanfaat serta mengalami pengalaman sebagai usahawan secara percuma.

“Justeru, saya berharap agar masyarakat Orang Asli di daerah tersebut akan merebut peluang keemasan ini dengan menyertai kursus tersebut sekali gus meningkatkan pendapatan masing-masing,” katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.

Roslie berkata program berkenaan menawarkan sembilan kursus termasuk pembuatan kek dan pastri; peningkatan kapasiti usahawan jahitan, dandanan dan penggayaan rambut; masakan dan penyediaan makanan serta program khas komuniti Orang Asli dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA).

“Selain itu, kursus usahawan digital, juruteknik penyelenggaraan, program khas keusahawanan komuniti dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Pelancongan Mersing (MTA), serta program khas keusahawanan komuniti dengan kerjasama LKIM dan Persatuan Nelayan kawasan Endau berkaitan pembangunan produk hasil laut juga ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April depan.

ECERDC merupakan badan berkanun yang ditubuhkan bagi menerajui pelaksanaan ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor.

empower ECER merupakan inisiatif serampang dua mata di bawah program Pembangunan Modal Insan yang merangkumi program latihan kemahiran dan keusahawanan yang menyasarkan golongan belia dan dewasa berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik, selain program latihan akademik yang menumpukan pelajar berprestasi lemah dan sederhana daripada keluarga berpendapatan rendah.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Pulau Songsong antara destinasi diberi tumpuan rancakkan kembali pelancongan Kedah
  • Universiti perlu dana baiki infrastruktur mesra OKU di kampus – Ras Adiba

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.