Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

‘UDA 50 Golden Offers’ hargai pelanggan

KUALA LUMPUR, 7 April  – Peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan asset, UDA Holdings Berhad (UDA) telah melancarkan kempen ‘UDA 50 Golden Offers’ sempena sambutan Jubli Emas bagi mengetengahkan produk hartanahnya di seluruh negara.

Pengerusi UDA, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kempen tersebut merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan serta sebagai inisiatif untuk menggalakkan pasaran hartanah tempatan serta mempromosikan pemilikan hartanah.

“Kami berharap kempen yang menawarkan pelbagai hartanah meliputi kediaman dan komersial di seluruh Malaysia ini bakal menarik perhatian pembeli berpotensi,” katanya di Majlis Pelancaran ‘UDA 50 Golden Offers’, di Galeri Legasi Kampong Bharu, semalam.

Sambutan Jubli Emas tersebut menawarkan tujuh hingga10 peratus rebat untuk projek UDA terpilih dan pembeli turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta menerima pelbagai insentif berjumlah lebih RM500,000.

Antara pembangunan projek kediaman dan komersil yang ditawarkan adalah Residensi Legasi Kampung Bharu, Residensi Akasia Jubilee dan Residensi 38 Bangsar di Kuala Lumpur, Unit komersil Elevate, Kondominium Evoke danbanglo Crescent Dew di Pulau Pinang, Pisonia Ville danRossa Terrace di Johor Bahru, Pusat Komersial Coast dan banglo Sarai di Terengganu serta rumah berkembar semi-d Pelindung Heights di Pahang.

Kempen ‘UDA 50 Golden Offers’, Milik dan Menang dibuka kepada semua pembeli produk UDA Property bermula1 Januari hingga 31 Oktober 2021.

Untuk tawaran ‘UDA 50 Golden Offers’, setiap pelanggan akan mendapatkan satu penyertaan dengan setiap RM100,000 yang dibelanjakan untuk pembelian hartanah UDA.

Sementara itu, pembeli sedia ada yang telah mendapatkan hartanah sebelum tarikh kempen bermula (SPA ditandatangani pada tahun 2020) layak menerima dua penyertaan untuk setiap RM100,000 yang telah dibelanjakan.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Demi ilmu, anak Sabah sanggup merantau ke Semenanjung seawal usia 13 tahun
  • PAYLATER mendidik dan menggalakkan perbelanjaan berhemah kepada pengguna

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.