Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Kerjasama Affin Islamic-Zurich Takaful tawar bancatakaful ‘Affin Sure Cover’
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Kerjasama Affin Islamic-Zurich Takaful tawar bancatakaful ‘Affin Sure Cover’

 

KUALA LUMPUR, 7 April — Kerjasama Affin Islamic Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Affin Bank Bhd dengan Zurich Takaful Malaysia Bhd kini memperkenalkan ‘Affin Sure Cover’ iaitu pelan takaful keluarga yang menyeluruh dengan harga berpatutan kepada pelanggan.

Dalam kenyataan bersama pada Rabu, Affin Islamic dan Zurich Takaful menjelaskan pelanggan bank itu yang berusia 35 hingga 70 tahun boleh mendaftar untuk pelan tersebut tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan.

Produk ini menawarkan sumbangan berpatutan dengan harga serendah RM50 sebulan untuk menikmati perlindungan menyeluruh sehingga mencecah usia 80 tahun, tambah kedua-dua pihak.

Menurutnya, menerusi kerjasama ini, pelanggan Affin Islamic akan diberikan akses kepada produk takaful keluarga Zurich Takaful.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Nazlee Khalifah berkata pihaknya komited menawarkan nilai signifikan kepada pelanggan yang boleh menerima manfaat kepelbagaian produk dan penyelesaian daripada Zurich Takaful.

“Kerjasama ini memberikan kami peluang untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan ini seiring dengan satu strategi perniagaan kami iaitu menumpukan kerjasama produktif bagi memperkukuh strategi perniagaan dalam industri perbankan,” katanya dalam kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful, Mukesh Dhawan pula berkata ‘Affin Sure Cover’ merupakan antara pelan yang mudah, dengan ciri penerimaan terjamin dengan semua orang boleh menyertai tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Menerusi ‘Affin Sure Cover’, pelanggan setia dan pelanggan baharu bank ini dapat menerima manfaat perlindungan komprehensif Zurich Takaful yang mempunyai pelbagai produk dan penyelesaian takaful, sekali gus memberi perlindungan dan penjimatan jangka panjang kepada pelanggan kami,” katanya.

Beliau juga berkata pasaran takaful masih belum diterokai sepenuhnya dan mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Takaful, tgk, twk

Editorial

  • Jentera tengah kurang berkesan punca Sabah FC gagal imbangi permainan JDT
  • Sebelum September 2019 , data lebih 530 juta pengguna Facebook ‘dicuri’

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.