Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Ekonomi : MISC terima kapal pengangkut etana terbesar keenamnya, Seri Elbert
  • »
  • BERNAMA
  • April 6, 2021
  • 0

Ekonomi : MISC terima kapal pengangkut etana terbesar keenamnya, Seri Elbert

KUALA LUMPUR, 6 April  — MISC Bhd (MISC) telah menerima penghantaran kapal pengangkut etana terbesar keenamnya (VLEC), Seri Elbert dari limbungan Hyundai Heavy Industries (HHI) di Ulsan, Korea Selatan. 

Seri Elbert dan kapal-kapal kembarnya, Seri Everest, Seri Erlang, Seri Emei, Seri Emory dan Seri Maharaja lahir daripada siri VLEC generasi kedua, yang diperoleh daripada Zhejiang Satellite Petrochemical Co. Ltd (STL) China pada Julai 2020, kata MISC dalam satu kenyataan hari ini. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Yee Yang Chien berkata pencapaian ini terhasil daripada kerja keras dan dedikasi pelbagai pasukan sama ada di laut atau darat, mulai daripada permulaan projek sehinggalah kepada penghantaran Seri Elbert.

“Kami akan terus mewujudkan gelombang yang besar dalam perjalanan kami untuk memberikan perkhidmatan bagi pasaran etana global.

”VLEC kami memainkan peranan penting dalam menangani keperluan untuk pengangkut etana berkapasiti besar dalam rantaian bekalan,” katanya. 

Seri Elbert sepanjang 98,000 meter padu dan lima kapal kembarnya sedang berada dalam pajakan jangka panjang dengan STL. 

Enam VLEC ini menandakan kemasukan MISC ke China, disamping mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali terbesar VLEC dalam pasaran etana yang semakin berkembang, kata syarikat itu.

Sekarang ini, MISC adalah pemilik armada VLEC yang terbesar seumpamanya di dunia, dengan cabang pengurusan kapal MISC, Eaglestar Shipmanagement Gas (S) Pte Ltd sebagai pengurus kapal yang dilantik bagi mentadbir kesemua enam VLEC tersebut.

— BERNAMA

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Dunia : Peningkatan kes COVID-19, New Delhi umum perintah berkurung waktu malam
  • Am : Sabah perinci SOP PKP Tawau, Keningau cegah penularan COVID-19

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.