Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Sime Darby Property fokus pada segmen pertumbuhan baharu pembangunan industri & logistik pada 2021
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Sime Darby Property fokus pada segmen pertumbuhan baharu pembangunan industri & logistik pada 2021

 

KUALA LUMPUR, 7 April — Sime Darby Property Bhd kini memberi fokus kepada sektor pertumbuhan baharu pembangunan industri dan logistik dengan pelancaran utama pada tahun 2021, termasuk pelancaran selanjutnya di Elmina Business Park yang terdiri daripada 303 unit industri dan 78 unit komersial dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.3 bilion.

“Penawaran produk kami telah berkembang, merangkumi rumah gudang siap bina pelbagai penyewa pertama dengan nilai GDV RM530 juta di Perindustrian Bandar Bukit Raja.”

Pada tahun 2021, kumpulan ini juga akan melancarkan kediaman mewah Jendela Residences di perbandaran KLGCC Resort yang unggul, seterusnya mempelbagaikan campuran produk kediaman Sime Darby Property,” kata pengarah urusan kumpulan Datuk Azmir Merican dalam Laporan Tahunan syarikat.

Beliau menambah dengan GDV sekitar RM900 juta, Jendela Residences adalah yang pertama daripada projek bertingkat tinggi Kumpulan yang dilancarkan untuk tahun ini.

“Kami juga akan memperkuat portfolio runcit dan komersil kami sebagai penempatan dan komponen pemangkin untuk menambah nilai pada projek perbandaran. TPC Kuala Lumpur telah dikenal pasti sebagai titik fokus untuk meletakkan semula jenama KLGCC sebagai destinasi gaya hidup.”

Memasuki tahun 2021, Azmir berkata kumpulan itu fokus pada transformasi digital sebagai pemboleh utama operasi perniagaannya, inovasi dalam konsep gaya hidup yang muncul daripada keperluan tinggal di rumah, membina komuniti yang lestari dan mempercepat kepelbagaian pendapatan untuk mengukuhkan model perniagaan.

“Kami melihat tahun 2021 sebagai tahun penyatuan untuk menyusun strategi, melabur dan pendigitalan bagi memperkukuhkan lagi tapak kami dalam pasaran harta tanah dan membina asas yang kuat untuk tahun-tahun mendatang,” tambahnya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Logistik, Sime Darby, tgk, twk

Editorial

  • Sebelum September 2019 , data lebih 530 juta pengguna Facebook ‘dicuri’
  • 328,254 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.