Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Jangan ganggu kawasan ekskavasi Kota Syahbandar – Muhammad Jailani
  • »
  • Berita, BERNAMA, Sejarah
  • April 15, 2021April 15, 2021
  • 0

Jangan ganggu kawasan ekskavasi Kota Syahbandar – Muhammad Jailani

MELAKA, 15 April – Kerajaan negeri memberi amaran kepada pencari harta karun agar tidak sesekali mengganggu tapak penemuan serpihan kayu yang dipercayai daripada struktur kapal dagang atau perang Zaman Kesultanan Melayu Melaka, di kawasan tambakan di Kota Syahbandar, Pulau Melaka di sini baru-baru ini.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata ini kerana kawasan tersebut terletak di bawah Akta Warisan Kebangsaan dan bidang kuasa kerajaan negeri, mana-mana penceroboh boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Jadi kami minta mereka ini jangan masuk dalam kawasan tersebut, lagipun berbahaya korek lubang di situ dan kalau terjadi apa-apa, siapa hendak bertangggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bufet Ramadan sempena kempen Melakan Visit Melaka di sini malam tadi.

Mengulas mengenai perkembangan penemuan serpihan kayu yang dianggar lebih 500 tahun itu, Muhammad Jailani berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 sebagai dana kecemasan untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi dengan segera.

Selain papan yang dipercayai berusia lebih 500 tahun itu, beberapa keping duit syiling lama, tembikar serta alatan besi lama turut ditemukan berhampiran serpihan kayu itu dan kerja-kerja ekskavasi di kawasan berkenaan bermula sejak akhir Mac lepas oleh Jabatan Warisan Negara bersama penyelidik yang diketuai Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Dalam pada itu, beliau memohon agar pengurusan hotel yang menganjurkan bufet Ramadan, agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya isu pelanggaran SOP oleh pengunjung di beberapa bazar Ramadan tidak berlaku di hotel.

“Setakat dua hotel yang saya kunjungi sepanjang dua hari ini, saya tengok pematuhan SOP itu ada… jalan masuk dan jalan keluar tak sama, pemeriksaan suhu dan pengimbas MySejahtera pun ada.

“Saya sangat berpuas hati, cuma ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan seperti ketika mengambil lauk jika penganjurannya secara bufet,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Raw Denim House, produk usahawan desa ke mata dunia
  • “Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu mereka rugi” – Norhizam

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.